Saya ditempatkan di asrama perempuan
Saya ditempatkan di asrama perempuan
Jelebu: “Saya tidak kisah dan malu mempunyai nama milik seorang wanita walaupun banyak kekeliruan berlaku , namun ia menjadi kenangan manis buat saya,” kata Nor Azila Yahaya,60 dari Kampung Kuala Pah di sini.
Dilahirkan di Singapura pada 1963, nama itu didaftarkan arwah ibunya yang ketika itu mengikut arwah ayahnya yang bertugas sebagai anggota tentera British.
Katanya ketika itu ayahnya tiada di sisi ibunya ketika dilahirkan berikutan bertugas sebagai tentera pengaman di di Republik Congo, Afrika.
Katanya menurut arwah ibunya, bagi memaklumkan kelahirannya itu, ibuhanya menghantar telegram memberitahu kelahiran dan memaklumkan nama yang diberi dan arwah ayah tidak membantah nama berkenaan.
“Antara kenangan lucu yang berlaku apabila mula belajar di kolej kemahiran awal 80an dahulu, pihak kolej sangka saya seorang perempuan sehingga mahu ditempatkan di asrama perempuan namun saya pergi ke asrama lelaki sehingga pihak kolej terpaksa mencari.
“Pihak pengurusan maklumkan pelajar perempuan tak boleh tinggal di asrama lelaki dan selepas diberitahu saya seorang lelaki barulah mereka faham dan kekeliruan berlaku disebab ada perubahan pada bin dan binti, namun tidak tahu siapa yang mengubahnya,” katanya ketika ditemui.
Nor Azila berkata, pernah juga ketika memohon kerja sebagai pemandu treler pihak majikan menyangka dia seorang wanita kerana pada waktu itu pekerjaan berkenaan tidak ramai disertai kaum wanita.
Katanya permohonannya itu hampir ditolak namun mujurlah dia dipanggil untuk hadir sesi temuduga dan berjaya mendapatkan pekerjaan itu.
Bapa kepada dua anak itu berkata, perkara melucukan turut berlaku ketika anak-anaknya bersekolah kerana menyangkakan anak-anak sengaja mengisi nama ibu dalam pelbagai borang termasuk nama pada buku teks.
Katanya anak-anak terpaksa menerangkan kepada guru mereka bahawa Nor Azila adalah nama ayah mereka yang sebenar.
Menurutnya kebiasaan kekalutan berlaku apabila berlaku kesilapan pihak ketiga terutama membabitkan urusan rasmi apabila sering kalidiubah perkataan bin kepada binti namun dia beranggap adalah perkara lumrah yang sering berlaku.
Dikenali sebagai Zack di kalangan rakan-rakan, Nor Azila mengakui tetap berbangga memiliki dan menggunakan nama berkenaan biarpun adakalanya ramai yang keliru.
“Nama panggilan Zack rakan-rakan yang beri tapi tak tahulah bagaimana boleh dapat nama Zack itu namun ia kekal sehingga hari ini,” katanya. HM
Saya ditempatkan di asrama perempuan
Baca Artikel Menarik:
- Konsert Ed Sheeran, bersediakah Stadium Nasional ‘dilanyak’ lagi?
- Mayat bogel ditemui dengan banyak kesan lebam
- Meerqeen bingung digelar ‘playboy’
- Ibu subahat beri suami rogol anak tiri
- 8 MP PN akan isytihar sokong PM – Syed Hussin
- Henti kongres bumiputera bukan kenyataan saya – Lian Ker
- Anwar berbeza dengan tiga PM sebelum ini – Zahid
- Mana ada Terengganu dianaktiri
- Tubuh pasukan bebas siasat dakwaan Ayob
- Sultan Johor tolak Hasni sebagai MB untuk tegakkan kuasa raja
- Sultan Ibrahim beri amaran akan ‘buru’ semua orang yang korup apabila dilantik sebagai Agong
- Sultan Ibrahim mahu Projek HSR yang diilhamkan Najib dikembalikan semula
- Ibu Danial Akmal akan ambil tindakan undang-undang kes buli di asrama ASiS
- Anak durjana tikam dan bunuh ibu bapa warga emas
- Tikam kepala, leher dan muka
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.