Elcah kecam netizen tuduh Syada Amzah tanpa fakta

Elcah kecam netizen tuduh Syada Amzah tanpa fakta

Seorang personaliti media sosial dan influencer, Elcah yang juga rakan kepada Syada Amzah tampil mempertahankan ‘bff’ berikutan kemelut yang dialami keluarga penyanyi itu.

Ujar Elcah, Syada bukanlah seorang yang mengharapkan duit daripada kakaknya sebaliknya berhempas pulas mencari rezeki.



Katanya lagi, penyanyi itu bekerja keras mencari rezeki bagi menyara kehidupannya sendiri namun tidak serancak kakaknya, Shila Amzah.

Untuk sesiapa yang suruh aku pesan ke Syada pergi kerja. Macam mana korang tahu Syada tak kerja? Kau tak tahu dia macam nak mampos kerja, cari job sana sini.

Usaha sana sini tetapi Allah dah tetapkan di situ sahaja rezekinya, tak sehebat kakaknya. Lepas tu kau nak suruh Syada buat apa? Salahkan Tuhan ke?

Tambah influencer itu lagi, dia mengenali rapat keluarga ND Lala dan Fauziah dan menyifatkan mereka sebagai orang yang mempunyai akhlak yang baik, bukanlah seperti yang dipertontonkan di media sosial.



Elcah juga memohon agar netizen berhenti menyerang akaun Instagram ibu Syada, Fauziah kerana menganggap wanita itu sudah cukup derita dengan isu rumah tangga yang dialaminya bersama ND Lala sebelum ini.

Bagi saya, keluarga ini sangat baik. Cuma ada salah faham adik beradik. Sebab saya rapat dengan keluarga ini sudah lebih 10 tahun. Media sosial ini apa yang korang nampak saja, disebalik itu korang tak tahu pun. Kakak dna adik ni baik.

Elcah kecam netizen tuduh Syada Amzah tanpa fakta

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kahwin wanita Kazakhstan tak perlu wang hantaran – Fadlan Hazim

Adik lelaki bongkar Shila Amzah jual rumah sebab duit



Jangan nanti malaikat maut pun kau maki

GV10: Sah Elly Mazlein undur diri



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker