Cuepacs bidas cadangan Khairy untuk hapuskan pencen penjawat awam

Cuepacs bidas cadangan Khairy untuk hapuskan pencen penjawat awam

Cadangan menghapus atau membatalkan kemudahan pencen yang dinikmati penjawat awam di negara ini pada masa hadapan tidak wajar dibangkitkan.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Adnan Mat berkata, skim pencen yang menjadi keistimewaan kepada penjawat awam tidak wajar dilihat sebagai beban kerajaan kerana ia adalah pengiktirafan terhadap sumbangan diberikan sepanjang tempoh perkhidmatan mereka.



Menurutnya, mana-mana ahli politik tidak wajar mempersoalkan keistimewaan penjawat awam yang menikmati skim pencen apabila majoriti daripada mereka berkhidmat lebih 30 tahun.

“Kami penjawat awam bukan seperti ahli politik yang berkhidmat dalam tempoh yang singkat, imbuhan yang tinggi dan pada masa sama layak menikmati pencen besar.

“Ada dalam kalangan penjawat awam ketika ini hanya menikmati pencen kira-kira RM1,000 sebulan walaupun sudah berkhidmat 30 tahun,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, pencen kepada penjawat awam juga tidak wajar dibandingkan dengan pemberian pencen kepada Ahli Parlimen, wakil rakyat atau individu yang dilantik sebagai menteri dan timbalan menteri.



“Cuepacs dan penjawat awam sendiri tidak pernah cemburu atau mempertikaikan pencen yang diterima mana-mana Ahli Yang Berhormat.

“Malah, ada dalam kalangan mereka yang menerima lebih dua pencen walaupun tempoh perkhidmatan mereka sangat singkat jika dibandingkan dengan penjawat awam.

“Sepatutnya cadangkan untuk berikan satu pencen (mana yang tertinggi) saja kepada Ahli Yang Berhormat layak terima sekiranya mahu membantu menjimatkan duit kerajaan,” katanya.

Katanya, Cuepacs berpendirian tidak akan berkompromi dengan sebarang cadangan untuk mengurangkan keistimewaan sedia ada yang dimiliki penjawat awam ketika ini termasuk hal pencen.



“Penjawat awam berkorban untuk negara, mengabdikan diri lebih 30 tahun dengan skim pencen yang kecil tiba-tiba dapat cadangan hendak dihapuskan pula.

“Sudahlah ketika berkhidmat pun gaji tidaklah tinggi dan ketika sudah pencen pula masih ramai yang mempertikaikan keistimewaan pencen mereka yang sedikit itu,” katanya.

Semalam, bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dalam podcast Keluar Sekejap bersetuju dengan cadangan membatalkan pencen Ahli Parlimen.

Malah, beliau juga mencadangkan pencen penjawat awam turut dihapuskan bagi membantu mengimbangi fiskal negara kerana kerajaan mungkin menanggung sehingga RM50 bilion untuk pencen penjawat awam dalam masa 10 tahun akan datang sekiranya tidak dimansuhkan.



Terdahulu, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman turut dilaporkan bersetuju dengan cadangan memansuhkan pencen untuk semua menteri dan Ahli Parlimen serta dimasukkan ke skim caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) seperti rakyat biasa. HM

Cuepacs bidas cadangan Khairy untuk hapuskan pencen penjawat awam

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Elly undur diri dari GV10

Nabil jelas isu Mamat di tempat ‘tinggi’



Gelaran ‘Datuk’ suami Intan didakwa palsu

Tolonglah berikan saya ‘job’ – Mak Wan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker