Syafie Naswip jadi kurus sebab ahli kongsi gelap

Syafie Naswip jadi kurus sebab ahli kongsi gelap

Pelakon berbakat besar, Syafie Naswip, 31, mendedahkan, gara-gara diberi tanggungjawab menggalas watak seorang ahli kongsi gelap, berat badannya susut sehingga 27 kilogram dan kelihatan kurus berbanding sebelum ini.

Menurut Syafie, ia juga merupakan permintaan daripada pengarah filem Fanna, Andy Weng, supaya dia menurunkan berat badan mengikut ‘piawaian’ yang dikehendaki pasukan produksi.



“Boleh dikatakan ini juga satu pengorbanan saya demi menjayakan watak Shafik untuk filem Fanna ini. Saya dikehendaki pengarah untuk turunkan berat badan dan selama dua bulan berusaha, saya berjaya mencapai berat 51 kg.

“Kalau nak tahu, sebelum Fanna, saya terbabit dalam sebuah produksi yang memerlukan saya berbadan besar yang secara tak langsung membuatkan saya jadi macam seronok pula makan sampai berat mencecah 78 kg.

“Boleh dikatakan, bila galas watak gangster ini pula, ia jadi ‘wakeup call’ untuk saya amalkan semula gaya hidup sihat,”katanya.

Syafie berkata demikian semasa ditemui pada sidang media filem Fanna di ibu negara, baru-baru ini.



Selain itu, Syafie bagaimanapun berkata, usaha untuk membuang lebihan lemak pada tubuh juga bukan satu perkara yang mudah dan menuntut disiplin fizikal dan mental yang tinggi.

“Nak buang lebihan lemak 20 kg ini dalam tempoh dua bulan, tentunya bukan satu perkara yang senang. Justeru, saya sedar yang diri perlu ada bantuan profesional bagi misi ini. Kena jaga makan, tak ambil makanan atau minuman manis.

“Alhamdulillah, akhirnya saya dapat capai sasaran berat badan yang diinginkan,”katanya.

Dalam pada itu, bercerita mengenai pembabitannya dalam filem terbitan Jaguar Lim Films & Productions itu, Syafie berkata, naskah edaran MIG itu menyaksikan gandingannya bersama pelakon, Fify Azmi sebagai bintang utama.



Malah, untuk menjayakan watak Syafik, dia juga perlu memastikan dirinya sentiasa berstamina tinggi kerana kebanyakan babak yang dibawa menyaksikannya perlu beraksi tangkas dan lasak.

“Dalam filem ini, watak saya banyak terlibat dalam babak-babak pertarungan, menggunakan senjata api dan sebagainya. Jadi ia menuntut stamina yang tinggi.

“Boleh dikatakan 40 peratus aksi lasak saya lakukan sendiri dan tentu akan ada kesannya. Lebam-lebam pada badan itu biasalah. Saya pun turut mengalami kecederaan ringan, tidak teruk mana,”katanya.

Filem Fanna akan ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula pada 28 September 2023.



Selain Syafie dan Fify, filem ini turut dibintangi oleh Colleen Rosanna Augustin, Andy Black Tan, Rashid Salleh, Charles Nilbert, Kenji Sawahii, Sahronizam, Roy Azman, Aleza Shadan dan ramai lagi. Utusan

Syafie Naswip jadi kurus sebab ahli kongsi gelap

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Hot Seats Gegar Vaganza GV10 bukan 5 tapi 6, Liza Hanim, Zamani bersaing sengit

Musa Hassan kini suami Qistina



Kehadiran Andi hangatkan lagi hubungan dengan Puteri Sarah

Ramai nak ‘try’ Puteri Sarah – Yusof Haslam

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker