Sultan Ibrahim sedia laksana tugas negara, utamakan kebajikan rakyat

Sultan Ibrahim sedia laksana tugas negara, utamakan kebajikan rakyat

Sultan Johor menzahirkan kesediaan baginda melaksanakan tugas untuk negara dan rakyat.

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, yang mendahului senarai penggiliran menaiki takhta sebagai Yang di-Pertuan Agong, menzahirkan kesediaan memikul tanggungjawab itu.



“Ia bukan satu kenaikan pangkat. Ia tanggungjawab yang saya sedia untuk laksanakan bagi pihak Raja-Raja Melayu,” titah baginda semasa wawancara eksklusif bersama Bernama yang diketuai pengerusinya, Wong Chun Wai di kediaman peribadi baginda baru-baru ini.

Sultan Ibrahim bertitah bahawa keutamaan baginda adalah menjaga kebajikan rakyat.

“Rakyat akan sentiasa didahulukan,” titah baginda.

Sultan Ibrahim enggan mengulas lanjut dan bertitah adalah lebih baik menunggu mesyuarat Majlis Raja-Raja selesai.



Raja-Raja Melayu dijangka memilih Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 27 Okt ini bawah sistem pemilihan yang unik, namun berkemungkinan mengekalkan sistem penggiliran bagi memilih Agong baharu dalam kalangan sembilan Raja.

Pemerintahan lima tahun Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah dari Pahang sebagai Agong dijadualkan berakhir pada penghujung Januari depan.

Sultan Ibrahim dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 23 Jan 2010. FMT

Sultan Ibrahim sedia laksana tugas negara, utamakan kebajikan rakyat



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dia raba dada saya – Sarimah



Tuduhan PM peliwat, laporan polis di seluruh negara ke atas Radzi

Tudung Nelydia Senrose terbang?



Caprice dakwa Bapa Mondy kena ‘payung’

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker