Gerai buah rosak akibat limpahan air lumpur

Gerai buah rosak akibat limpahan air lumpur

RANAU – Hujan lebat berterusan lebih dua jam mengakibatkan beberapa gerai buah-buahan di Kilometer 137, Jalan Kota Kinabalu-Sandakan di Kampung Nabutan rosak teruk ekoran limpahan air lumpur petang semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau Ridwan Mohd Taib berkata, pihaknya yang menerima maklumat itu kemudian bergegas ke lokasi kejadian untuk pemeriksaan dan pemantauan.



“Kerja-kerja pembersihan sudah dilaksanakan oleh pihak konsesi Jabatan Kerja Raya (JKR).

Pemantuan turut dilakukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM),” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, tiada mangsa dilaporkan terbabit susulan kejadian itu.

“Bagaimanapun, beberapa gerai di tepi jalan mengalami kerosakan akibat limpahan air lumpur,” katanya.



Terdahulu, tular video memaparkan beberapa gerai buah-buahan rosak hingga buah yang dijual bertaburan dihanyutkan limpahan air lumpur. K Online

Gerai buah rosak akibat limpahan air lumpur

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Dia raba dada saya – Sarimah

Tuduhan PM peliwat, laporan polis di seluruh negara ke atas Radzi



Tudung Nelydia Senrose terbang?

Caprice dakwa Bapa Mondy kena ‘payung’



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker