Isham suruh Zahid pecatnya

Isham suruh Zahid pecatnya

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Isham Jalil berkata Zahid Hamidi boleh memecatnya, jika itu “harus dibayar” kerana menegur Umno.

“Datuk Seri (Zahid) boleh pecat saya dan rakan-rakan saya dari jawatan dan keahlian jika itu keputusan dan kemahuan Datuk Seri tetapi Datuk Seri tidak boleh pecat semangat dan roh perjuangan saya dan akar umbi,” katanya sambil mendakwa akar umbi kini rasa seolah dipaksa presiden Umno dan kepimpinan parti untuk mengundi Pakatan Harapan (PH) yang disertai DAP.

Isham berkata demikian menjawab kritikan Zahid terhadapnya, bahawa beliau tidak boleh memaksa semua orang bersetuju dengan cadangan supaya Umno dan Barisan Nasional (BN) bertanding solo dalam pilihan raya tanpa PH khususnya DAP.

Katanya, disebabkan rasa dipaksa oleh Zahid dan pimpinan Umno menerima PH-DAP, ramai ahli parti itu melakukan protes dengan tidak keluar mengundi atau mengundi Perikatan Nasional (PN) dalam PRN enam negeri dan PRK lalu.

“Mereka menolak paksaan ini. Sebab itu, dalam pilihan raya baru-baru ini rata-rata akar umbi kita protes dengan tidak keluar mengundi atau mereka telah kalih dan mengundi PN. Dalam keadaan ini, PH dan DAP mendapat untung kerana mereka mendapat jentera kita dan berjaya menjinakkan kita.

“PN juga mendapat untung kerana mendapat undi orang Melayu dan akar umbi kita yang tidak mahu dipaksa untuk mengundi atau bekerjasama dengan PH dan DAP. Oleh itu dalam situasi sekarang PH dan PN yang untung dan kita yang rugi,” katanya di Facebook.

Sambil mempertahankan kritikan terbukanya terhadap Umno demi kebaikan dan ia dibenar perlembagaan parti, Isham berkata ramai akar umbi memaklumkan kepadanya mereka sayangkan Umno tetapi tidak setuju dan tidak sanggup melihat ia lari daripada perjuangan asal.

“Memaksa mereka mengundi PH dan DAP sama seperti memaksa mereka menerima ‘Malaysian Malaysia’ iaitu perjuangan DAP untuk ‘kesamarataan’ yakni menghapuskan hak orang Melayu. Ini bertentangan dengan perjuangan asas Umno iaitu mempertahankan hak orang Melayu.

Katanya, jika Umno tidak berubah dan keadaan itu berterusan ia akan kalah di semua kerusi sedia ada pada pilihan raya akan datang.

“Jika kepimpinan boleh mengkritik ahli secara terbuka, tidak masuk akal jika ahli tidak boleh. Umno bukanlah parti komunis. Tambahan lagi jika pandangan tersebut adalah bersifat kegusaran tentang hala tuju parti.

“Saya tidak paksa sesiapa terima pandangan saya, namun saya gusar jika kita kekal tidak berubah, parti kita akan rebah dan pada mesyuarat MKT sebelum ini iaitu sebelum pilihan raya enam negeri, saya telah mengangkat tangan banyak kali untuk melontar pandangan tetapi tidak dibenar bercakap.

“Apabila orang lain semua telah habis memberikan pandangan dan tiba giliran saya untuk bersuara, Datuk Seri (Zahid) menamatkan mesyuarat dan tidak memberi peluang untuk saya bercakap dengan alasan hari sudah lewat malam padahal waktu baru pukul 11 malam,” dakwanya. FMT

Isham suruh Zahid pecatnya

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

MP Ketereh merungut sedekah kematian pakai duit sendiri

Aku sondol laki orang sampai naik pelamin (Video)

Mat Saleh bengang Malaysia ‘rosakkan’ deria rasanya (Video)

Mondy dakwa Ebit Lew kotor

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker