PROTON panggil semula X90, masalah insiden haba

PROTON panggil semula X90, masalah insiden haba

Proton Holdings Bhd (PROTON) hari ini mengumumkan panggilan semula model X90 susulan kecacatan pendawaian yang boleh membawa kepada “insiden haba” (thermal incident).

Pengeluar kereta nasional itu dalam satu kenyataan, menjelaskan siasatan dalaman yang dibuat pada model kenderaan utiliti sukan (SUV) itu mengenal pasti masalah pada salah satu sambungan pembumiannya.



“Perkara ini boleh menyebabkan panas keterlaluan di sekitar penyambung apabila arus besar yang berterusan mengalir melaluinya dan boleh mengakibatkan insiden haba berdekatan dengan bahan kalis bunyi,” kata syarikat itu.

Proton berkata pemilik X90 akan dihubungi secara individu oleh pengedar mereka untuk mengatur temu janji bagi kerja-kerja pembaikan.

Syarikat itu juga menjelaskan bahawa bateri hibrid ringan di dalam kenderaan itu bukan sebahagian daripada masalah.

Proton X90 adalah model terkini yang dilancarkan pada Mei lalu.



Sebelum ini juga, tular video Proton X90 terbakar yang dikongsi secara dalam talian, yang mana mencetuskan spekulasi bahawa ia disebabkan oleh bateri hibrid 48V kenderaan itu.

PROTON terdahulu menjelaskan Proton X90 yang terbakar seperti dipaparkan dalam video yang tular itu bukan disebabkan letupan bateri hibrid ringan (48v) model berkenaan.

Dalam satu kenyataan di media sosial rasminya, PROTON berkata, pengeluar kereta nasional itu mengambil maklum berhubung insiden terbabit dan kereta berkenaan sudah berada dalam simpanan syarikat itu.

“Pasukan kami sedang menjalankan siasatan yang teliti dan akan bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa yang berkaitan untuk menentukan punca kejadian.



“Kami juga ingin menjelaskan bahawa tiada letupan yang disebabkan oleh bateri hibrid ringan Proton X90,” katanya. BH

PROTON panggil semula X90, masalah insiden haba

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



MP Ketereh merungut sedekah kematian pakai duit sendiri

Aku sondol laki orang sampai naik pelamin (Video)



Mat Saleh bengang Malaysia ‘rosakkan’ deria rasanya (Video)

Mondy dakwa Ebit Lew kotor



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker