Ahirine Ahirudin dikejar penghendap

Ahirine Ahirudin dikejar penghendap

Pelakon Ahirine Ahirudin mengakui sering berdepan rasa takut dan cemas akibat diekori dan dihendap seorang lelaki dikenali sejak beberapa bulan lalu.

Menurut aktres berusia 27 tahun itu berkata, dia tidak menyangka persahabatan yang terjalin antara mereka telah mencetuskan satu perasaan lain sehingga individu itu jatuh taksub terhadap dirinya.



“Saya sudah mengenali dia tiga tahun lalu tetapi ‘kegiatan’ menghendap semakin membimbangkan sejak beberapa bulan lalu.

“Dia tahu alamat rumah saya malah pernah beberapa kali muncul di beberapa lokasi saya berada,” katanya.

Katanya, perkara tersebut membuatkan dia takut untuk keluar bersendiri kerana berasa diekori oleh individu tersebut.

“Ya, takut juga nak keluar seorang diri sebab rasa ada mata-mata yang memerhati.



“Jadi, rasa tak selamat. Walaupun ada seni mempertahankan diri muay Thai pun tak cukup untuk melawan jika berlaku apa-apa,” jelasnya yang tidak berniat ‘memasang’ pengawal peribadi buat masa ini.

Mengulas lanjut, selain mengekori, individu tersebut turut menganggu bintang filem Remp-It 2 itu dalam media sosial.

Ujar Ahirine, individu tersebut kerap salah faham dengan setiap hantaran yang dimuat naik kerana merasakan ditujukan kepadanya.

“Disebabkan dia, saya perlu berhati-hati untuk berkongsi apa sahaja dalam media sosial. Dia selalu ‘perasan’ saya kongsi sesuatu untuk dia sedangkan tidak.



“Kalau saya sekat akaun pun tiada guna sebab dia akan muncul dengan akaun yang baharu. Mungkin perlu tukar mod akaun Instagram kepada privasi selepas ini,” ujarnya.

Selain Ahirine, Tebus turut dibintangi Aedy Ashraf, Idan Aedan, Azhan Rani dan Jay Iswazir.

Tebus arahan Jason Chong bakal ditayangkan dalam platform Prime Amazon bermula 31 Ogos depan. K Online

Ahirine Ahirudin dikejar penghendap



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10, gegar segala gegar



Jangan tayang suami kalau takut disondol – Che Ta

Saya bukan orang ketiga antara Nafiez dan Fify – Neera



Saya Anak Malaysia lagu wajib Hari Kebangsaan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker