Ancaman bunuh pada Teresa Kok, DAP dakwa PAS main peranan sebar kebencian

Ahli parlimen DAP Lim Lip Eng menghargai PAS yang menyatakan sokongan susulan ancaman bunuh diterima Teresa Kok, namun ia tidak dapat mengelak daripada menunjukkan betapa bahayanya politik toksik.

Katanya, pemimpin PAS terus memainkan peranan dalam menyemai kebencian terhadap DAP, sehingga mengakibatkan minda yang mudah dipengaruhi menjadi radikal.

“Saya berterima kasih di atas sokongan itu tetapi adalah kelalaian saya untuk tidak menunjukkan bagaimana sesetengah pihak menggambarkan DAP sebagai terdiri daripada bukan Melayu yang tidak patriotik, berniat jahat untuk mengubah Perlembagaan Persekutuan, menghapuskan keistimewaan bumiputera dan menggugat agama Islam… Senarai itu masih berterusan,” katanya kepada Malaysiakini.



Contoh terbaru, kata Lim ialah ucapan Presiden PAS Abdul Hadi Awang di Kuala Kubu Baharu, apabila dia menuduh DAP berkomplot untuk menghapuskan kuasa politik orang Melayu.

Jelasnya, pemimpin PAS dan yang lain mengeksploitasi dakwaan “tidak wajar dan tidak berasas” itu untuk tujuan politik, namun tindakan mereka ini boleh membawa kepada akibat yang teruk.

“Jadi tolong jangan main api. Tiada gunanya berebut takhta bila kerajaan itu dihancurkan,” tambahnya.

Sementara itu, Kok, yang juga naib pengerusi DAP, berkata dia percaya “peluru” yang diterima dalam peti suratnya adalah berkaitan dengan tuduhan palsu berpunca daripada seorang pemimpin PAS yang menuduhnya sebagai anti-Islam yang masih tular di media sosial. .



“Saya tidak pernah terfikir bahawa saya akan menerima peluru,” kata ahli Parlimen Seputeh itu, sambil menambah bahawa dia telah biasa dengan sebarang bentuk ancaman dan gangguan lain sebelum ini.

“Saya telah memberitahu polis bahawa kes saya ini mungkin ada kaitan dengan posting ini yang terus dikitar semula walaupun kandungannya didapati berunsur fitnah oleh Mahkamah Tinggi pada 2020,” katanya kepada Malaysiakini.

Kok turut mendedahkan bahawa pihak polis memaklumkannya kemungkinan besar pelaku bertindak sendirian dan tidak mempunyai kaitkan dengan mana-mana kumpulan.

Pemimpin DAP itu menegaskan bahawa ancaman terbaru itu tidak akan mengentarkannya dan turut mengimbau kejadian di mana bom molotov dilemparkan ke dalam rumah ibu bapanya pada 2008.



Kok turut menceritakan bagaimana sekumpulan NGO telah menawarkan ganjaran kepada mereka yang sanggup menamparnya pada 2014.

Pada masa itu, peguam yang mewakili kumpulan itu berpendat tawaran berkenaan bukan satu kesalahan melainkan ada individu yang bertindak di atas tawaran itu.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Penjenayah samun kedai runcit di Kampung Baru berjaya ditangkap polis

Arab Saudi makin gila, anjur fesyen pakaian renang



Saya bodoh, Mahathir pilih Ku Li – Musa Hitam

Sebab kubur suspek serang Balai Polis Ulu Tiram diasingkan.



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker