Hanya enam pasukan terbaik kriket sertai LA 28, tuan rumah mungkin terkeluar
Hanya enam pasukan terbaik kriket sertai LA 28, tuan rumah mungkin terkeluar

Los Angeles: Sukan kriket bakal membuat kemunculan semula di temasya Olimpik selepas 128 tahun, namun timbul persoalan besar menjelang Los Angeles 2028, adakah tuan rumah Amerika Syarikat (AS) layak diberi tempat automatik?
Format pertandingan kriket di Los Angeles nanti akan menampilkan hanya enam pasukan terbaik dunia bagi acara lelaki dan wanita dalam bentuk Twenty20 (T20), dan keputusan mengenai kelayakan dijangka diumumkan oleh Majlis Kriket Antarabangsa (ICC) tidak lama lagi.
Walaupun AS adalah tuan rumah, ranking mereka jauh dari kedudukan elit: ke-17 bagi lelaki dan ke-24 bagi wanita, sekali gus menyukarkan peluang mereka untuk layak secara merit.
“Saya suka kalau ahli gabungan seperti AS dapat masuk, tapi realitinya kita perlu tampilkan yang terbaik,” kata Sumod Damodar, wakil ahli gabungan ICC kepada Reuters.
“Kita kembali ke Olimpik selepas 128 tahun. Kita perlu tampil meyakinkan agar kriket kekal sebagai sukan tetap, bukan sekadar jemputan.”
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ayuh Malaysia, Kita Merajuk
- Kempen Timbalan Presiden PKR Dedahkan Wajah Sebenar Rafizi
- Rafizi Akan Ulangi Sejarah Kejatuhan Tun Ghafar Baba Dalam Pemilihan UMNO 1993
Damodar, yang juga ketua kriket Botswana, menegaskan bahawa kriket perlu diwakili oleh enam pasukan terbaik dunia, sama ada dari segi prestasi, pengaruh global mahupun tarikan komersial, bagi membuka jalan kepada penglibatan berterusan dalam edisi akan datang seperti Brisbane 2032 dan bidaan India untuk 2036.
Setakat ini, Kriket AS masih belum memberi kenyataan rasmi.
Namun, pemilik pasukan Washington Freedom dalam Liga Kriket AS, Sanjay Govil, turut menyokong pendekatan berdasarkan merit.
“Ia mesti berasaskan prestasi, demi memastikan persaingan kekal kompetitif. Kalau tidak, tidak adil untuk pasukan hebat lain yang mungkin terlepas peluang kerana beri laluan kepada AS.”
Damodar turut mencadangkan agar ICC mengumumkan tarikh penetapan ranking seawal tahun depan supaya semua negara mempunyai masa mencukupi untuk memperbaiki kedudukan masing-masing.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Bila Kuasa Raja Raja Melayu Di Persoalkan Di Mahkamah
- BN Menang Di Ayer Kuning, Tapi UMNO Masih Gagal Tangani Naratif UMDAP
- Keterangan Mahkamah Yang Berlainan Nada Antara Jasmin Loo Dan Roger Ng
Kemunculan semula kriket di pentas Olimpik adalah detik bersejarah buat sukan itu, kali terakhir ia dipertandingkan adalah pada Olimpik Paris 1900 dan kali ini ia perlu meninggalkan impak global, bukan sekadar memenuhi kuota tuan rumah.
Hanya enam pasukan terbaik kriket sertai LA 28, tuan rumah mungkin terkeluar
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Kemasukan Semula KJ Mempunyai Tambah Nilai Kepada UMMO
- Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan
- Game Over Kepada Ahmad Terrirudin
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya
You must be logged in to post a comment.