Lelaki menyamar polis samun hotel dicekup

Suspek ditahan bersama pelbagai barangan digunakan untuk melakukan kegiatan samun. Foto ihsan PDRM

Taktik licik seorang lelaki menyamar sebagai anggota polis sebelum menyamun di sebuah hotel di Damansara Utama di sini, Isnin lalu, terbongkar selepas mangsa tampil membuat laporan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian daripada mangsa berusia 35 tahun pada pukul 12.56 tengah hari Isnin lalu.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan anggota Balai Polis Damansara melakukan serbuan dan menahan lelaki tempatan berusia 29 tahun di Shah Alam pada pukul 2.30 petang.

“Kita turut merampas beberapa jenis barangan serta pakaian yang dipakai suspek semasa kejadian samun berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.



Jelas beliau, mangsa yang juga seorang lelaki tempatan telah mengalami kerugian wang tunai berjumlah RM3,000 manakala kes terbabit diselesaikan dalam tempoh kurang 24 jam.

“Siasatan lanjut mendapati suspek mempunyai tiga rekod jenayah, tiga kes dadah manakala ujian air kencing dilakukan mendapati dia positif dadah methamphetamine.

“Suspek direman selama empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan,”ujarnya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sajat sekolahkan Abang Tesla, terkedu dibuatnya



Isteri kedua Abang Tesla kena ‘sound’ dengan Noorkhiriah

10 tahun tunggu zuriat, isteri meninggal 3 bulan selepas bersalin [VIDEO]



Fasha Sandha galak bergoyang lepas ramping?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker