Alya Iman berkahwin?

Alya Iman berkahwin

PERKONGSIAN video memperlihatkan pelakon cantik Alya Iman memakai busana pengantin berwarna putih yang dimuat naik di Instastory miliknya pada Isnin mengundang tanda tanya dalam kalangan netizen.

Enggan membiarkan ia menjadi salah faham, Alya tampil menjelaskan dia kini sedang menjalani penggambaran untuk koleksi baju pengantin sebuah jenama tempatan.



Malah anak kepada pelakon terkenal Allahyarham Azmil Mustapha itu juga menegaskan dia belum berkahwin dan tiada sebarang majlis pernikahan yang berlaku pada hari ini.

“Penjelasan, sebab saya rasa berdosa… saya tengah shoot kempen untuk Qiszar. Jadi, tidak… saya bukan bakal melangsungkan perkahwinan pada hari ini.

“Tidak! Saya belum berkahwin,” kata Alya menerusi video yang dimuat naik di Instastory.

Terdahulu, Alya pernah mengikat tali pertunangan dengan seorang lelaki berstatus suami orang pada Februari 2020 namun ikatan itu hanya bertahan selama sebulan sahaja.



Alya kemudian menjalinkan hubungan cinta dengan seorang duda kepada dua orang anak yang dikenali sebagai Ridhwan Rosli namun hanya bertahan selama dua tahun sahaja. Gempak

Alya Iman berkahwin

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Beberapa pihak cepat melompat macam kera suka seolah-olah kami gagal – TMJ

Caprice kata ‘kamu ingat Kerajaan Malaysia macam spender’



Hairul Azreen berhenti berlakon

Gugurnya Air Mata Khai Bahar



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker