Hanya pakaian Ustaz Idris terbakar, jasadnya tidak dalam nahas Elmina

Hanya pakaian Ustaz Idris terbakar, jasadnya tidak dalam nahas Elmina

‘Jasad arwah tidak hangus terbakar, hanya pakaian sahaja yang terbakar’

Demikianlah luahan keluarga Allahyarham Idris Abdol Talib @ Ramali, 41, salah seorang daripada 10 mangsa yang terkorban dalam nahas pesawat ringan jenis Beechcraft 390 (Premier 1) di Elmina Central Park, Seksyen U16, kelmarin.



Perkara tersebut dimaklumkan Ahli Parlimen Rantau Panjang, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff ketika melawat ke kediaman keluarga Allahyarham Taman Ketari, Bentong Pahang.

Menerusi hantaran di Instagramnya, beliau dimaklumkan bahawa hanya pakaian Allahyarham yang juga seorang Hafiz al-Quran sahaja yang terbakar manakala jasadnya dalam keadaan baik.

“Al-Fatihah. Baru sahaja selesai menziarahi keluarga beliau di Taman Ketari, Bentong Pahang. Terharu dapat makluman dari keluarga arwah bahawa jasad arwah tidak hangus terbakar, hanya pakaian saja yang terbakar.


Baca Artikel Menarik:

Pesawat terhempas kerana kesilapan juruterbang




“Allahu Akbar. Almarhum Ustaz Idris adalah merupakan seorang Hafiz Al-Quran. Semoga semua roh para arwah bersama para solihin dan ditempatkan di syurga yang tertinggi,” tulisnya.

Allahyarham meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak masing-masing berusia 54 hari, 10 tahun serta 14 tahun.

Allahyarham adalah pegawai Kerajaan Negeri Pahang yang berkhidmat di Pejabat Agama Islam Daerah Raub sebagai pegawai penguat kuasa



Namun Allahyarham bercuti tanpa gaji awal tahun ini selepas berkhidmat sebagai pegawai khas kepada Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar Dan Teknologi Hijau Pahang, Datuk Seri Johari Harun.

Kelmarin, pesawat tersebut sepatutnya dijadualkan mendarat pukul 2.48 petang bagaimanapun dipercayai melencong sebelum hilang kawalan dan terhempas.

Sehingga kini, hanya jenazah penunggang p-hailing, Muhamad Hafiz Muhamad Salleh, 32, sudah dituntut keluarganya pada pukul 9.30 pagi tadi.

Bagi jenazah yang lain, proses pengurusan mayat mangsa dijangka selesai seawal Isnin ini ekoran proses pengecaman ujian asid deoksiribonukleik (DNA) daripada cebisan mayat (human remains) memerlukan sedikit masa untuk diselesaikan. K Online



Hanya pakaian Ustaz Idris terbakar, jasadnya tidak dalam nahas Elmina


Baca Artikel Menarik:

Nahas Pesawat: ‘Tindakan cikgu pecut, potong kereta pemandu Grab selamatkan nyawa kami’

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Norreen Iman bakal disaman resort terkemuka Johor

Farid Kamil balas foto pegang tangan Diana Danielle



Pesawat terhempas: Saya sudah mati jika pecut – Pemilik dashcam (Video)

Tak sanggup tengok arwah merangkak sebut nama Allah – Saksi pesawat terhempas (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker