Nahas pesawat: Waris pemandu E-Hailing masih terkejut, belum tentu tempat pengebumian

 

KLANG: Keluarga Allahyarham Sharipuddin Shaari, 53, belum memutuskan lokasi sebenar pengebumian jenazah pemandu e-hailing itu setakat ini.

Kakak mangsa, Ramlah, 56, berkata ahli keluarga termasuk ibunya, Hatun Bakar, 81, masih terkejut dengan pemergian anak ketiga daripada empat beradik itu.



“Kami (keluarga) masih lagi berbincang dan belum tahu lokasi pengebumian sama ada di  Perlis atau Sepang.

“Khabar duka ini masih terkesan dan kami menunggu proses bedah siasat selesai sebelum menuntut jenazah arwah,” katanya sebak ketika ditemui di luar pekarangan Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), hari ini.

Allahyarham Sharipuddin antara 10 mangsa yang maut dalam nahas pesawat ringan terhempas di Persiaran Elmina, Seksyen U16, Shah Alam, semalam.

Anak kelahiran Kampung Rani Estet, Arau itu meninggalkan seorang balu, Suriana Muda, 43, dan dua anak iaitu Muhammad Sharul Izuan, 16, serta Nur Izzara Arissya, 9.



Jelas Ramlah, dia kali terakhir menghubungi arwah bertanyakan khabar minggu lalu atas permintaan ibu yang terlalu merinduinya.

“Pada waktu itu, arwah memberitahu turut merindui ibu kami dan mahu pulang ke kampung sekiranya ada waktu cuti.

“Tidak sangka itu perbualan terakhir selepas kami bertemu ketika sambutan Aidilfitri pada April lalu,” ujarnya.

Tambah beliau, adiknya itu disifatkan seorang yang amat baik, ceria dan suka membantu orang lain.



 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Norreen Iman bakal disaman resort terkemuka Johor

Farid Kamil balas foto pegang tangan Diana Danielle



Pesawat terhempas: Saya sudah mati jika pecut – Pemilik dashcam (Video)

Tak sanggup tengok arwah merangkak sebut nama Allah – Saksi pesawat terhempas (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker