Arus air deras di dalam Gua Kelam melimpah keluar

Arus air deras di dalam Gua Kelam melimpah keluar

PADANG BESAR: Hujan lebat berterusan selama dua hari telah menyebabkan kawasan rekreasi Gua Kelam, di sini, dilimpahi air berikutan daripada peningkatan paras air sungai.

Malah, peningkatan paras sungai dan arus deras air di dalam gua berkenaan menyebabkan ia melimpah keluar gua.



Selain Gua Kelam, lokasi rekreasi lain di negeri ini seperti Taman Eko Rimba Bukit Ayer juga berdepan risiko sama berikutan daripada situasi hujan berterusan itu.

Pengarah Jabatan Perhutanan negeri, Awang Shaffie Awang Ahmadni berkata, susulan perkembangan itu, pihaknya telah mengeluarkan arahan bagi menangguhkan dan menghentikan sementara segala aktiviti di dua lokasi berkenaan buat sementara waktu bermula hari ini.

“Segala aktiviti rekreasi air di jambatan gantung Gua Kelam 1 dan Taman Eko Rimba Bukit Ayer ditutup sementara bermula pada hari ini sehingga ke satu tarikh dimaklumkan kelak,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, hari ini.

Mengulas lanjut, Awang Shaffie berkata, arahan itu dikeluarkan akibat daripada faktor cuaca dan peningkatan paras air sungai yang berada pada tahap merbahaya.



Beliau berkata, bagaimanapun, aktiviti-aktiviti lain di dua lokasi berkenaan seperti Galeri Gua Kelam, Rumah Cermin, Eksplorasi Gua Kelam 2, Kolam Renang Bukit Ayer dan Rimba Herba Perlis masih dibuka seperti biasa buat orang ramai.

“Aktiviti-aktiviti lain ini dibuka seperti biasa kepada orang ramai bermula pada pukul 9 pagi sehingga 6 petang,” katanya. Utusan

Arus air deras di dalam Gua Kelam melimpah keluar

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Punca penceraian Aziz M Osman

Bakal doktor dicekup melacur



“Ya aku sakit”, Mimi Lana tarik perhatian netizen

Dakwaan Syasya Dolla minum arak, ini jawapan tuan punya badan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker