Azizulhasni Awang ‘Mitok Adik, Kakok, Abang, Pokcik… ‘Segera Ambil Vaksin COVID-19 [VIDEO]

Azizulhasni Awang ‘Mitok Adik, Kakok, Abang, Pokcik… ‘Segera Ambil Vaksin COVID-19 [VIDEO]

Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang mengajak orang ramai untuk mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 untuk menikmati lebih banyak kebebasan dan kelonggaran prosedur operasi standard (SOP).

Melalui muat naik di akaun media sosial Instagram dan twitter miliknya, pemenang pingat perak Olimpik itu berkongsikan suasana sebuah pantai di Melbourne, Victoria di Australia.

Katanya, orang ramai di pantai tersebut sedang menikmati kelonggaran SOP diberikan selepas mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 dan keadaan itu dapat dilihat di sekitar pantai negara tersebut.



Tambah beliau, hanya melalui vaksin COVID-19 kelonggaran tersebut dapat dinikmati dan tiada jalan lain buat masa ini.

“Hi semua, ini Azizulhasni Awang (The Pocket Rocketman) seperti yang anda dapat lihat di belakang terdapat ramai orang berada di pantai. Ini adalah keadaan biasa di Australia dan tidak kira di mana pun, apabila matahari keluar orang ramai akan membanjiri pantai.

“Kenapa? ia mudah kerana mereka mahu menikmati matahari, berehat, berjumpa kawan dan sudah tentu untuk berseronok. Bagaimana ini dapat dilakukan?

“Jawapannya mudah, hanya melalui vaksin. Vaksin merupakan solusi untuk COVID-19 pada waktu ini tidak kira anda suka atau tidak. Jadi untuk semua kawan-kawan dan peminat di Malaysia, ambillah vaksin, tidak tahu nak cakap macam mana lagi dah, ambil vaksin ya,” katanya, pada Rabu.



Selepas meraih pingat perak acara keirin lelaki pada temasya Sukan Olimpik Tokyo awal Ogos lalu, Azizul pulang ke Malaysia, menjalani kuarantin wajib dua minggu sebelum pulang menjenguk ibu bapanya di Dungun, Terengganu.

Kemudian dia pulang semula ke ibu negara dengan pelbagai aktiviti serta jemputan yang perlu dipenuhinya. Azizul meninggalkan isteri dan dua anaknya di Melbourne lebih tiga bulan apabila kembali ke negara ini pada 5 Jun lalu untuk bertanding di Olimpik Tokyo.

Selepas 16 minggu meninggalkan anak-anak dan isteri, Azizulhasni akhirnya pulang semula ke Australia.

Azizulhasni Awang ‘Mitok Adik, Kakok, Abang, Pokcik… ‘Segera Ambil Vaksin COVID-19 [VIDEO]


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Melaka: Tiada lagi alasan untuk tunda demokrasi



Dua kemungkinan natijah krisis Melaka

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker