Anak bakar rumah ibu bapa sendiri, tidak diberikan wang RM3,400
Anak bakar rumah ibu bapa sendiri, tidak diberikan wang RM3,400

JAKARTA – Berang tidak diberikan wang 15 juta rupiah (RM3,400) oleh ibu bapanya bagi menebus motosikal dan membayar ansuran, seorang lelaki dikenali sebagai MN tergamak membakar rumah orang tuanya di Kampung Ngebel, wilayah Bantul, lapor laman berita suara jogja.
Ketua Pegawai Hubungan Awam Polis Bantul, Iptu Rita Hidayanto mengesahkan kejadian itu dan berkata, insiden tercetus berikutan konflik keluarga yang semakin tegang sejak beberapa hari lalu.
“Suspek mendesak ibu bapanya menyerahkan wang tersebut. Walaupun ibu bapanya sedang berusaha mencari jalan untuk mendapatkan dana berkenaan, suspek hilang sabar dan bertindak membakar rumah,” kata Rita dalam satu kenyataan media baru-baru ini.
Siasatan awal polis mendapati perbuatan suspek bukannya berlaku secara spontan, sebaliknya telah dirancang lebih awal.
Menurut keterangan saksi, suspek sebenarnya sudah membeli minyak petrol dan berniat membakar rumah ibu bapanya sehari sebelum kejadian, namun membatalkan niatnya pada waktu tersebut.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mengapa Laporan RCI Tabung Haji Hanya Didedahkan Sekarang?
- 50,000 Peluang Pekerjaan Jadi Tarikan, Anak Muda Tetap Pilih Calon BN
Warga UMNO Diseru Perkukuh Saf, Terus Berkhidmat Kepada Rakyat
Bagaimanapun, suspek kembali berang semalam apabila tuntutannya masih belum dipenuhi lalu membakar rumah berkenaan.
Api berjaya dikawal dan tidak merebak ke bahagian rumah yang lain. -AGENSI
Anak bakar rumah ibu bapa sendiri, tidak diberikan wang RM3,400
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- RCI Tabung Haji: Ambil Tindakan Tanpa Pilih Bulu – Hafiz Ariffin
- Mohd Sumali Yakin BN Akan Kekal Di Linggi
- PRN N. Sembilan: BN Cadang Wujudkan Pegawai Khas Orang Asli Di Pejabat MB
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tidak Janjikan Bulan Bintang, BN Hamparkan Khidmat Terbaik Untuk Negeri Sembilan
You must be logged in to post a comment.