Burung unta berkeliaran di tengah jalan, serang penunggang motosikal

Burung unta berkeliaran di tengah jalan, serang penunggang motosikal

Burung unta berkeliaran di tengah jalan, serang penunggang motosikal
Tangkap layar video menunjukkan burung unta itu mencetuskan gangguan di jalan raya di Bandung baru-baru ini. – TikTok 

JAKARTA – Pengguna jalan raya di Bandung, wilayah Jawa Barat terkejut apabila menemui seekor burung unta berkeliaran di jalan yang sibuk, lapor portal berita Lambe Turah.

Kejadian berlaku di kejiranan Margasari, daerah Buahbatu, baru-baru ini.

Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @detikcom menunjukkan haiwan itu berdiri di tengah jalan sehingga mencetuskan kesesakan lalu lintas.

Selain berlari tanpa arah tujuan, burung unta itu cuba menyerang penunggang motosikal yang melalui jalan tersebut.

Agensi Pemuliharaan Sumber Asli Jawa Barat (BBKSDA) mengesahkan bahawa pihaknya menerima laporan mengenai kemunculan burung unta itu dan segera bertindak balas.

BBKSDA sedang menjalankan siasatan untuk mengenal pasti asal usul haiwan berkenaan. – AGENSI

Burung unta berkeliaran di tengah jalan, serang penunggang motosikal


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tidak Janjikan Bulan Bintang, BN Hamparkan Khidmat Terbaik Untuk Negeri Sembilan

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker