Terbuka Indonesia: Aaron-Wooi Yik selangkah ke final

Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik semakin menghampiri aksi final Terbuka Indonesia apabila mara ke separuh akhir selepas menewaskan pasangan Jepun, Akira Koga-Taichi Saito 21-10, 21-15 sebentar tadi.

KUALA LUMPUR – Beregu lelaki No.1 negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik mengekalkan aksi konsisten pada Kejohanan Badminton Terbuka Indonesia apabila memastikan tempat ke pusingan separuh akhir.

Pada aksi suku akhir yang berlangsung di Istora Senayan, Jakarta sebentar tadi, pasangan juara dunia itu berjaya menjinakkan beregu dari Jepun, Akira Koga-Taichi Saito menerusi aksi straight set 21-10, 21-15.

Lebih manis, kemenangan tersebut turut menyaksikan Aaron-Wooi Yik berjaya menebus dua kekalahan kepada beregu No.23 dunia itu pada Terbuka Jerman dan Terbuka Switzerland Mac lalu.

Pada perlawanan sebentar tadi, Aaron-Wooi Yik yang juga pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2020 memerlukan masa 40 minit bagi menempah aksi di separuh akhir dua kali berturut-turut selepas turut melakukannya di Terbuka Singapura minggu lalu.



Untuk rekod, Aaron-Wooi Yik masih memburu gelaran pertama pada saingan musim ini selepas pencapaian terbaik mereka adalah ketika muncul naib juara semasa menyertai Terbuka India Januari lalu.

Selain itu, mereka juga belum merangkul sebarang gelaran dalam saingan Jelajah Dunia BWF (Persekutuan Badminton Dunia) sejak mula digandingkan pada 2017.

Menjelang aksi separuh akhir esok, Aaron-Wooi Yik akan menantikan pemenang antara beregu China, Liang Wei Keng-Wang Chang dan wakil tuan rumah, Pramudya Kusumawardana-Yeremia Rembitan

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ustaz Dusuki Tegur Puteri Sarah



Afiq simpan bukti dicurangi Pachara

Mondy ‘Influencer’ berduit, netizen kritik Ebit Lew



Cangkul kepala ibu saudara kerana berebut tanah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker