Danny-Fateha, kenal 5 hari, nikah dua minggu akhirnya bercerai
KUALA LUMPUR: “Saya tahu perceraian adalah hal yang Allah murka tetapi mungkin jodoh kami sampai di situ saja,” luah pemilik salon dikenali Danny.
Danny, 40, memberi reaksi itu bagi menjawab desus-desus mengenai status perkahwinannya dengan Nur Azera Fatehah Abdullah, 22, yang dikatakan sudah berpisah selepas dua minggu berumah tangga.
Dakwaan itu timbul sejak beberapa hari lalu dan dapat dihidu netizen selepas Danny memuat naik video dan gambar kenangan bersama Nur Azera Fatehah dengan kapsyen ‘Aku reda’ disusuli emoji sedih.
Lebih menimbulkan tanda tanya netizen apabila tiada lagi video pasangan itu di akaun TikTok Danny seperti dimuat naik sebelum ini dan ia dipercayai sudah dipadam selepas apa yang berlaku.
Berkongsi kisah sebenar, Danny mengakui sudah melafazkan cerai talak satu kepada isterinya pada 30 Julai lalu jam 4.04 petang.
Katanya, lafaz talak itu dibuat menerusi kiriman mesej di aplikasi WhatsApp.
“Saya tak boleh kongsikan punca perpisahan secara terperinci tetapi apa boleh saya katakan, ia terjadi kerana tiada keserasian di antara kami.
“Saya buat keputusan itu sendiri tanpa berbincang dengan keluarga terlebih dulu.
“Keluarga memang bising terutama emak dan saya tak jawab panggilan telefonnya sehingga ke hari ini kerana belum bersedia nak ceritakan hal sebenar,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Jauh di sudut hati, Danny sedih mengenangkan tempoh perkahwinannya yang singkat dan hanya bertahan setakat dua minggu saja.
“Tapi sebagai manusia siapa saya untuk melawan takdir jadi reda dengan ketentuan-Nya.
“Jujurnya saya tak salahkan dia (isteri) atau menyimpan dendam terhadapnya kerana mungkin saya pun ada salah tanpa sedar atau gagal jadi suami yang baik buatnya.
“Walaupun bukan lagi suami isteri selepas ini, harap kami boleh menjadi kawan baik yang boleh berkongsi masalah.
“Buat masa ini, saya belum terfikir nak ubah keputusan namun tak menolak seandainya disatukan semula di kemudian hari,” katanya.
Danny turut menyangkal dakwaan segelintir netizen yang mengatakan perkahwinannya dengan Nur Azera Fatehah sekadar satu ‘content’ (bahan kandungan perkongsian) semata-mata.
“Saya tahu daripada sebelum berkahwin hingga kini memang ada segelintir netizen mengatakan perkahwinan saya satu ‘content’.
“Cuba fikir saya berkahwin menggunakan duit dan memang ikhlas nak halalkan isteri jadi takkan saya sanggup buat semua itu demi ‘content’?
“Bagaimanapun, saya maafkan mereka yang melemparkan tuduhan itu dan bersyukur kerana ramai beri kata semangat juga mendoakan kami.
“Dalam tempoh dua minggu perkahwinan itu, saya dapat merasai pengalaman menjadi suami, belajar erti kasih sayang kepada wanita dan merasakan nikmat hidup berkeluarga yang diinginkan walaupun sementara,” katanya yang tidak serik untuk berkahwin lagi dan dijangka mendaftarkan kes permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Bandar Baru Bangi ,Selangor pada Isnin depan.
Terdahulu, Harian Metro melaporkan kisah perkahwinan Danny dengan Nur Azera Fatehah iaitu wanita yang sebelum ini berperwatakan lelaki.
Pasangan itu diijabkabulkan pada 15 Julai lalu dalam majlis pernikahan di rumah keluarga Nur Azera Fatehah dekat Ladang Kelapa Sawit Ulu Remis dekat Layang-Layang, Johor.
Uniknya perkahwinan mereka adalah kerana Danny dan Nur Azera Fatehah hanya berkenalan selama lima hari sebelum sepakat berumah tangga.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Ketua Balai Polis Jalan Campbell jadi hero
- Uncle Cina hafal Surah Yasin sebagai amalan untuk sihat (Video)
- Guru hampir buta kena lastik kerana tegur pelajar merokok
- Siang Rosland ceraikan isteri pertama, malam Miera Leyana keluar ‘Dinner’ satu keluarga
- Saya wanita tulen – Calon BN Dun Ayer Hangat
- Sanusi dan Mahfuz, siapa yang bijak mencatur?
- Dah dua kali PAS minta maaf, jangan samapai kali ketiga
- Wakil rakyat PAN antara ditahan menagih syabu
- Amaran PAS untuk PAS
- Sanusi cari publisiti dengan gaduh dengan pemimpin, negeri tak jaga sangat pun
- Tular lelaki bergaduh guna batang besi, tali pinggang
- Dikurung Sejak 2009, Wanita Dedah Pernah Dirogol Lebih 1,000 Kali
- Chef Wan dedah hidap kanser limfoma
- Penunggang degil lalui jalan baru diturap dikejar pekerja pembinaan [VIDEO]
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Jangan ajari seorang isteri sabar – Status Irma Hasmie cetus persoalan
Adibah perlu tuntut harta sepencarian 28 tahun berkahwin – Netizen
“Wow geram tengok, rasa nak tarik masuk dalam toilet”, Peja nafikan