Dia nampak tertekan dan tak selera makan, kata Hafiz

Penyanyi Hafiz Hamidun mendedahkan sehari sebelum seorang personaliti siri realiti televisyen ditahan kerana dituduh merogol, suspek ada menemuinya dan kelihatan seperti mengalami tekanan.

Kata Hafiz pada malam 25 Nov lalu dia juga melihat personaliti terbabit tidak berselera untuk makan.

“Malam itu dia tertekan tetapi masih rileks lagi cuma apabila dah mula jam 11 malam, dapat panggilan daripada pegawai penyiasat polis dari Mutiara Damansara, dia terus ke sana dan tak sempat makan pun.

“Kebetulan rumah saya dekat saja dengan balai polis itu. Saya ikut tetapi tak masuk, cuma sebab dia tak makan lagi dan depan balai polis itu ada kedai burger. Kami singgah makan sebentar.



“Saya dengan pengurus dia makan, tetapi dia tak makan sebab tak selera dah. Dia nampak tertekan.

“Itulah kali terakhir saya jumpa dia,” kata Hafiz ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Jelas Hafiz lagi, pertemuan mereka dirancang untuk membincangkan rancangan merakam lagu terbaru yang diterbitkannya.

Namun setelah itu, kata Hafiz, peserta program bercorak keagamaan terbitan televisyen itu mula meminta nasihat daripadanya.



“Tetapi selepas itu dia minta pandangan dan nasihat dan saya pun hulurkan bantuan guaman sebab kalau urusan macam ini seeloknya rujuk peguam,” katanya.

Sebentar tadi, Hafiz menerusi akaun Instagramnya sempat meluahkan rasa rasa simpati ke atas situasi yang terjadi kepada suspek. Dia turut menasihatkan selebriti terbabit supaya meneguhkan hati sambil belajar daripada pengalaman.

Hari ini, polis mendapat kebenaran untuk menahan reman pelakon dan penyanyi itu selama lima hari lagi bagi membantu siasatan berhubung kes merogol seorang wanita yang dikenali di laman sosial Instagram Sept tahun lepas.

Perintah sambungan reman terhadap suspek dikeluarkan Timbalan Pendaftar Mahkamah Shah Alam, Ahmad Feisal Mohd Azmi selepas tempoh reman lima hari bermula Jumaat lepas berakhir hari ini.



Dia didakwa merogol mangsa yang datang berjumpa bagi mendapatkan rawatan kerana mengalami kemurungan. Kejadian itu didakwa berlaku selepas suspek membawa mangsa makan di sebuah kedai di Shah Alam.

Setakat ini ada tujuh laporan polis diterima membabitkan bekas peserta program realiti televisyen itu dengan kebanyakannya di Shah Alam.

Hafiz berkata dia tidak sama sekali menyebelahi suspek walaupun meluahkan rasa simpati ke atasnya.

“Cuma sebab kami dah kenal lama, kan, jadi saya cuma boleh bantu dan nasihat apa yang mampulah,” katanya lagi. Mk



Pelajar kolej pula dakwa jadi mangsa dicabul pendakwah selebriti

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker