Selangor, KL masih dikurung?

Selangor, KL masih dikurung?. Rata-rata rakyat di Selangor dan Kuala Lumpur tertanya-tanya apakah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang akan berakhir Jumaat (16 Julai) akan dilanjutkan atau sebaliknya.

Bagaimanapun, jawapannya mungkin sudah boleh diagak ramai pihak susulan lonjakan luar biasa kes Covid-19 yang dilaporkan membabitkan Lembah Klang sejak dua hari kebelakangan ini.

Mengikut kebiasaan, pengumuman sama ada perintah itu disambung atau sebaliknya akan dibuat dua hari atau sehari sebelum tamatnya tarikh PKPD selepas mesyuarat Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) dijalankan.

Bagaimanapun setakat jam 6 petang Khamis, belum ada sebarang pengumuman rasmi daripada kerajaan berhubung perintah itu.

Selangor pada Khamis merekodkan 6,120 kes sekali gus kekal menjadi negeri tertinggi menyumbang kepada kes Covid-19 di negara ini, manakala Kuala Lumpur mencatatkan 1,499 kes.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 1 Julai lalu mengumumkan PKPD dikenakan di mukim-mukim di Selangor dan beberapa lokaliti di Kuala Lumpur selama 14 hari bermula 3 Julai sehingga 16 Julai.

Langkah itu diambil selepas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membuat pembentangan kepada Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengenai situasi Covid-19 di dua negeri tersebut.

Susulan itu, lapan daerah di Selangor dikenakan PKPD melibatkan Petaling, Hulu Langat, Sepang, Gombak, Kuala Langat, Klang, Kuala Selangor dan Hulu Selangor.

Di Kuala Lumpur, lokaliti yang dikenakan PKPD melibatkan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Semarak, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Batu Muda, Flat Seksyen 2 Wangsa Maju, Flat Seksyen 1 Wangsa Maju dan Kampung Padang Balang.

Turut tersenarai dalam perintah itu Taman Koperasi Polis (Fasa 1 dan 2), Flat Sri Sabah Kampung Puah, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Baru Air Panas, Flat Desa Pandan (termasuk Baiduri dan Delima), Kampung Batu Muda, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi, Bandar Baru Sentul dan Taman Ikan Emas.

Selangor, KL masih dikurung?


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


‘Mereka’ jahanamkan impak ekonomi bernilai RM500 billion begitu sahaja – Najib Razak

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker