8 anggota bomba bantu pindah lelaki 140kg

8 anggota bomba bantu pindah lelaki 140kg

Seorang pesakit obesiti seberat 140 kilogram (kg) terpaksa menggunakan bantuan lapan anggota bomba untuk mengangkat dan memindahkannya ke Hospital Melaka, hari ini.

Semua anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Merlimau itu bergegas ke rumah pesakit di Kampung Seri Minyak, Jalan Umbai selepas menerima panggilan kecemasan pada 2.32 petang tadi.

Menurut laporan Harian Metro, lelaki itu dikatakan mengalami demam panas menyebabkannya terpaksa dipindahkan ke hospital segera dengan menggunakan sebuah lori tiga tan.

Menurut Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Zulkhairani Ramli berkata panggilan dibuat petugas Kementerian Kesihatan (KKM) yang memerlukan bantuan untuk menghantar mangsa berusia 39 tahun ke hospital.

“Kami difahamkan lelaki seberat 140 kg ini mengalami demam panas dan perlu dihantar ke hospital segera untuk mendapatkan rawatan.

“Proses memindahkan pesakit turut dibantu petugas perubatan yang mengambil masa kira-kira 10 minit,” katanya.

Zulkhairani berkata semua anggota bomba lengkap dengan pakaian perlindungan diri (PPE) sebagai langkah berjaga-jaga ketika memberi bantuan itu.

“Ketika melakukan khidmat khas ini, semua anggota memakai PPE sebagai langkah berjaga-jaga ketika pandemik.

“Pesakit kemudiannya dihantar ke hospital dengan menaiki lori tiga tan,” katanya. FMT

8 anggota bomba bantu pindah lelaki 140kg


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Bukalah hati, belanjalah kerajaan – Shahril Hamdan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker