Hati Serina berkecai Chef Wan disahkan hidap kanser limfoma
Hati Serina berkecai Chef Wan disahkan hidap kanser limfoma
Hati Serina Redzuawan berkecai ibarat kaca terhempas ke lantai apabila bapanya yang juga cef selebriti terkenal, Datuk Redzuawan Ismail atau Cef Wan, 66, disahkan menghidap kanser limfoma, semalam.
Serina, 40, menerusi hantaran di laman sosial Instagram (IG) meluahkan perasaan sedih atas ujian yang menimpa bapanya.
“Semalam, hati saya ibarat kaca jatuh berkecai ke lantai bila dengar pesanan papa memberitahu ada kanser limfoma.
“Memang sedih, saya tak dapat tahan air mata dan menangis sepuasnya.
“Saya tahu ini ujian Allah untuk papa dan kami sekeluarga. Allah maha baik dan pilih papa. Sebab papa adalah insan berhati mulia, selalu bantu dan ceriakan hidup orang.
“Papa selalu bantu ahli keluarga dan adik-beradik. Syukur, Alhamdulillah,” tulisnya.
Serina berkata, bapanya reda atas ujian penyakit yang diterima.
“Papa reda dan tenang terima ketentuan ini. Saya bangga dengan papa! Insya-Allah sakit tanda Allah sayang, cuci dosa dan menaikkan darjat sebagai manusia.
“Ingat papa, kami semua ada, Rina, Aidid, Tristan, Isabella, Riz, adik-beradik, sahabat dan peminat semua sayangkan papa. Kami akan doakan papa kembali sihat. Terus kuat,” katanya.
Serina berharap, orang ramai turut mendoakan kesembuhan buat bapanya dan kekuatan untuknya melawan kesakitan.
“Mudah mudahan sahabat semua yang baca nukilan saya, tolong doakan kesembuhan buat papa.
“Ya Allah, Ya Syafi berikanlah kesembuhan buat papaku, Redzuawan Ismail. Berinya hati yang kuat dan tabah reda dengan segalanya, angkatlah kesakitan dan tingkatkan imannya, dekatkan selalu papa dengan-Mu, Ya Rahman Ya Rahim. Aamin,” tulisnya.
Semalam, Cef Wan berkongsi dirinya disahkan menghidap kanser limfoma menerusi entri dalam IG.
Cef Wan memaklumkan dirinya kini dalam keadaan stabil kerana kanser dihidapinya masih di peringkat awal.
Katanya, dia didiagnos menghidap kanser selepas menjalani ujian electrocardiogram (ECG) di sebuah hospital, petang semalam.
“Saya baru sahaja menjalani ujian ECG. Pada jam 3 petang doktor memaklumkan mengenai keputusan biopsi saya.
“Mereka perlu menjalankan ujian sebanyak dua kali untuk memastikan keputusan ini. Saya sememangnya menghidap kanser limfoma.
“Saya perlu menjalani imbasan Tomografi Pancaran Positron (PET) untuk melihat sama ada kanser ini sudah merebak ke organ lain termasuk menentukan ia di tahap berapa,” katanya.
Dalam pada itu, Chef Wan memaklumkan beliau mempunyai peluang kira-kira 70 hingga 80 peratus untuk sembuh dengan menjalani rawatan kemoterapi sebanyak 13 kitaran dalam jangka tempoh 13 minggu. BH
Hati Serina berkecai Chef Wan disahkan hidap kanser limfoma
Baca Artikel Menarik:
- Ketua Balai Polis Jalan Campbell jadi hero
- Uncle Cina hafal Surah Yasin sebagai amalan untuk sihat (Video)
- Guru hampir buta kena lastik kerana tegur pelajar merokok
- Siang Rosland ceraikan isteri pertama, malam Miera Leyana keluar ‘Dinner’ satu keluarga
- Saya wanita tulen – Calon BN Dun Ayer Hangat
- Sanusi dan Mahfuz, siapa yang bijak mencatur?
- Dah dua kali PAS minta maaf, jangan samapai kali ketiga
- Wakil rakyat PAN antara ditahan menagih syabu
- Amaran PAS untuk PAS
- Sanusi cari publisiti dengan gaduh dengan pemimpin, negeri tak jaga sangat pun
- Tular lelaki bergaduh guna batang besi, tali pinggang
- Dikurung Sejak 2009, Wanita Dedah Pernah Dirogol Lebih 1,000 Kali
- Chef Wan dedah hidap kanser limfoma
- Penunggang degil lalui jalan baru diturap dikejar pekerja pembinaan [VIDEO]
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Jangan ajari seorang isteri sabar – Status Irma Hasmie cetus persoalan
Adibah perlu tuntut harta sepencarian 28 tahun berkahwin – Netizen
“Wow geram tengok, rasa nak tarik masuk dalam toilet”, Peja nafikan