Usahawan sedih Vellfire kena tarik

Usahawan sedih Vellfire kena tarik

Seorang usahawan yang dikenali sebagai Ain Suraya meluahkan rasa kesal apabila terlalu mengikut kemahuan diri untuk memiliki kereta mewah sehingga tidak mampu melunaskan bayaran bulanan yang tinggi.

Ain menerusi satu perkongsian video di TikTok miliknya kelmarin memaklumkan, meskipun memperoleh pendapatan RM10,000 sebulan, dia masih tidak mampu membayar pinjaman bulanan kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire itu sebanyak RM3,000.



“Itulah silap Ain ingatkan gaji RM10,000 dah cukup nak pakai ‘gajah’ (Vellfire) ini. Rupanya sampai masa terbeban nak bayar RM3,000 sebulan,” katanya.

Sehubungan itu, Ain juga menyedari dirinya sebenarnya telah tersilap langkah selain menasihati pengikutnya untuk tidak mengulangi kesilapan yang sama.

“Mula-mula memang rasa mampu sebab tengah dilamun cinta. Percayalah sampai masa kita akan rasa benda ini tak perlu puk sebenarnya kerana cukup ada kenderaan yang selesa dan sampai ke destinasi.

“Belum mampu lagi. Dengar nasihat Ain ini supaya tak terjerat dengan hutang,” pesannya.



Menerusi video yang dimuat naik usahawan itu, memaparkan kereta mewah miliknya dipercayai ditarik oleh sebuah trak tunda di pekarangan rumahnya.

Dalam pada itu, perkongsian Ain ternyata mendapat perhatian ramai apabila videonya berjaya memperoleh 1.1 juta tontonan dan hampir 20,000 tanda suka.

Menjengah ke ruangan komen, ramai pengguna lain menceritakan pengalaman peribadi mereka berhubung soal pembelian kereta berdasarkan kemampuan masing-masing.

“Saya pakai kereta Proton sahaja. Sebab saya nak makan sedap-sdap setiap hari,” kongsi Nuzian.



“nak belanja tengok kemampuan keseluruhannya, jangan nak bermegah saja”, kongsi Khaled

“Saya pakai Perodua Alza, masa itu fikir nak ambil kereta lain tapi RM1,100 bulanan. Jadi saya ambil keputusan untuk ambil Alza sahaja. Memang kena kecam, tapi kami yang bayar tiap-tiap tahun,” kata @hakak cayang. K Online

Usahawan sedih Vellfire kena tarik

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jangan ajari seorang isteri sabar – Status Irma Hasmie cetus persoalan

Adibah perlu tuntut harta sepencarian 28 tahun berkahwin – Netizen



Saya redha diceraikan Rosland

“Wow geram tengok, rasa nak tarik masuk dalam toilet”, Peja nafikan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker