Amirudin saman Sanusi atas fitnah beri tanah percuma

Amirudin saman Sanusi atas fitnah beri tanah percuma

Menteri Besar Selangor Amirudin Shari akan menyaman Sanusi Nor kerana menuduhnya terbabit dalam skandal pembangunan Sungai Klang bersama pengasas Kumpulan Berjaya Vincent Tan.

Amirudin yang menafikan fitnah itu berkata beliau sudah berbincang dengan peguamnya dan proses tindakan undang-undang terhadap pengarah pilihan raya Perikatan Nasional (PN) akan dimulakan minggu depan.



Rabu lalu, Sanusi dalam Jelajah Mega PN BEST “Sayangi Kedah Sejahtera” di Dataran Darul Aman, Jitra, mendakwa wujud skandal antara Amirudin dengan Vincent yang kononnya mahu melaksanakan projek RM10 bilion di Sungai Klang.

Sebagai timbal balas, taikun itu akan mendapat tanah 600 ekar di Selangor yang dijangka merugikan kerajaan sekitar RM180 juta.

“Macam mana 600 ekar ni akan diberi percuma kepada tauke ni? Macam mana tauke ni ambil alih anak syarikat MBI 55%. Ha… ni tengah duk hangat ni, tunggu meletup,” Sanusi dipetik berkata oleh lidah rasmi PAS, Harakahdaily.

Amirudin berkata, fitnah Sanusi itu disifatkan sebagai percubaan terdesak untuk mengalihkan persepsi selepas gagal menjawab pelbagai dakwaan berkaitan isu kecurian unsur nadir bumi (REE) di Kedah.



“Perkara ini telah saya perincikan secara panjang lebar pada sidang Dewan Negeri serta dalam satu sidang Parlimen pada 1 Mac 2023,” katanya dalam kenyataan.

Awal tahun ini, PN Selangor menggesa pihak berkuasa menyiasat pembabitan Amirudin dengan sebuah syarikat yang didakwa dianugerahkan projek bernilai RM700 juta secara rundingan terus bagi projek pendalaman Sungai Klang bawah Selangor Maritime Gateway (SMG).

Amirudin menafikan mempunyai sebarang kepentingan peribadi dalam syarikat Landasan Lumayan Berjaya Sdn Bhd (LLB), malah kedudukannya dalam syarikat itu bertujuan mewakili kerajaan negeri.

LLB adalah milik penuh kerajaan negeri merangkumi 45% milik Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI Selangor) dan 55% milik Berjaya Land yang telah diputuskan bagi mengetuai projek SMG pada 2018. FMT



Amirudin saman Sanusi atas fitnah beri tanah percuma

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jangan ajari seorang isteri sabar – Status Irma Hasmie cetus persoalan



Adibah perlu tuntut harta sepencarian 28 tahun berkahwin – Netizen

Saya redha diceraikan Rosland



“Wow geram tengok, rasa nak tarik masuk dalam toilet”, Peja nafikan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker