Guru lelaki pukul guru wanita ditahan

Guru lelaki pukul guru wanita ditahan

Seorang guru lelaki ditahan kerana disyaki memukul rakan sekerjanya di sebuah sekolah rendah dekat Kemaman semalam.

Ketua Polis Terengganu Mazli Mazlan berkata suspek 49 tahun itu ditahan di kuarters guru kira-kira 9.30 malam Ahad dan dibawa ke IPD Kemaman untuk tindakan lanjut.



Menurutnya, penahanan itu menyusul laporan mangsa yang juga guru wanita di Balai Polis Air Putih pada 8.20 pagi semalam.

“Mangsa yang juga guru Bahasa Inggeris berusia 32 tahun memaklumkan ditumbuk dan disepak suspek di kawasan kantin sekolah pada 6.55 pagi,” katanya menurut Berita Harian selepas Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Terengganu ke-15 di Kuala Terengganu.

Beliau berkata, punca kejadian masih disiasat mengikut Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan.

Sebelum ini, media melaporkan seorang guru wanita cedera dipukul rakan sekerja di sebuah sekolah rendah di Kemaman. FMT



Guru lelaki pukul guru wanita ditahan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sheriff pecah rekod, sailang Mat Kilau



Aliff Aziz dengan Sarah Yasmine pulak?

‘Anak ikan’ resah



Sebab Syasya tinggalkan Dolla



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker