Geng Topeng ikat, cederakan mangsa sebelum samun tumpas

Polis berjaya melumpuhkan Geng Topeng yang melakukan 15 kes pecah rumah di negeri ini membabitkan kerugian RM680,500 selepas memberkas 10 individu dalam serbuan di Simpang Renggam dan Masai, dekat sini pada 13 Julai lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, dua serbuan itu dilakukan dalam operasi khas bermula jam 4 pagi sehingga 5.30 pagi di Kawasan Rawat dan Rehat (RnR) Simpang Renggam arah utara dan Impian Residence Senibong, Masai.

“Dalam serbuan ini yang dilakukan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Khas D9 dan D8 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, seramai 11 individu terdiri daripada lapan lelaki tempatan dan dua wanita tempatan berusia 20 sehingga 44 tahun ditahan termasuk dalang utamanya.



“Mereka terlibat 15 kes samun dan pecah rumah iaitu di Johor Bahru Selatan, Johor Bahru Utara, Kulai, Tangkak dan Iskandar Puteri

“Modus operandi mereka ialah dengan masuk ke dalam rumah memberkas, mengikat dan mencederakan mangsa sebelum melakukan samun serta melarikan emas dan semua barang berharga,” katanya dalam sidang akhbar di IPK Johor di sini pada Isnin.

Beliau berkata, siasatan mendapati barang kemas curi itu akan diberikan kepada dalang kumpulan tersebut iaitu suspek lelaki berusia 43 tahun yang berasal dari Tumpat, Kelantan.

Jelas beliau, lelaki berkenaan akan melebur barang kemas curi tersebut untuk dijadikan jongkong emas sebelum dijual dan siasatan mendapati mereka sudah bergiat aktif sejak Mei tahun ini.



Katanya, menerusi serbuan itu pihak polis merampas dua pemutar skru, dua kereta jenis Perodua Bezza dan Perodua Myvi, peralatan pecah rumah, wang tunai, beberapa keping resit pajak gadai, jam tangan, pakaian serta telefon bimbit pelbagai jenama.

“Tujuh daripada suspek berkenaan mempunyai 43 rekod lampau berkaitan jenayah sementara dua daripadanya dikehendaki kerana kes jenayah dan dadah manakala tiga suspek positif dadah,” ujar beliau.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan, semua suspek direman selama dua minggu bermula 13 sehingga 27 Julai ini.

“Kejayaan operasi ini sebahagian besarnya adalah hasil risikan dijalankan pihak polis Johor serta maklumat orang ramai. Polis Johor memberi amaran tegas kepada individu atau pihak yang cuba menjadikan Johor sebagai tempat jenayah,” katanya.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bell dedahkan pernah dihina pengarah terkenal



Netizen Tak Puas Hati Sophia Albarakbah dinobat Aktres Filem Popular ABPBH35

Berani Buat Tahi – Shakilla Khoriri Cari Penghantar Emel



Netizen Terkejut Tengok Dress ‘Private Party’ Lana Nodin



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker