Saya mudah didekati, tak perlu 3 pagi – Saifuddin
Saya mudah didekati, tak perlu 3 pagi – Saifuddin
PUTRAJAYA: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan tidak menerima sebarang notis tuntutan daripada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.
“Tidak ada, saya tidak ada terima apa-apa. Dia (Sanusi) dekat Kedah, saya dekat sini. Bezanya saya boleh dihubungi bila-bila masa dan saya tidak elak panggilan.. itu saja beza.
“Saya tidak terima apa-apa lagi setakat hari ini, semalam saya sepanjang hari di Kedah, malam ini di Kedah lagi, jadi saya boleh didekati dengan mudah, tak perlu didekati jam 3 pagi,” katanya pada sidang media selepas Sambutan Hari Imigresen 2023 di sini hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Muhammad Sanusi yang memaklumkan pihaknya sudah menghantar notis tuntutan kepada Saifuddin kerana didakwa memfitnahnya berhubung dua isu berasingan.
Surat tuntutan itu berkaitan dakwaan Saifuddin bahawa beliau mencuri unsur nadir bumi (REE) di Kedah dan menuduhnya menggunakan peruntukan Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) sebanyak RM1.6 bilion untuk tujuan lain.
Muhammad Sanusi berkata, peguamnya sudah e-mel surat tuntutan itu malam tadi, dan akan sampaikan notis tuntutan itu secara tangan kepada Saifuddin hari ini.
Ahad lalu, media melaporkan Muhammad Sanusi mencabar akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Saifuddin berhubung isu dana MARRIS dan REE.
Muhammad Sanusi berkata, maklumat dinyatakan Menteri Dalam Negeri itu tidak benar kerana bersifat mengelirukan, berniat jahat untuk memfitnah dan bermotifkan politik.
Mengulas lanjut isu REE di Kedah, Saifuddin mempersoal tindakan Muhammad Sanusi yang tidak menceritakan serta menjelaskan situasi sebenar kepada rakyat termasuk pengambilan kumpulan pekerja dari China.
“Saya pelik, Sanusi seorang pemimpin yang pantas jawab apa jua persoalan tapi kes ini dia diam sudah 72 jam (sejak didedahkan).
“Kakitangan Perbadanan Menteri Besar (MBI) Kedah dari China yang memegang pas lawatan ikhtisas telah ditangkap, kenapa Sanusi tidak cerita kepada rakyat apa jadi kepada pekerja itu
“Dia (pekerja) sudah terminate (buang kerja) ke? Apa status sekarang? Dia (Sanusi) kena jawab sebab dia yang minta surat bawa masuk pekerja yang bertaraf staf pengurusan profesional,” katanya.
Tambah beliau, sekiranya diambil sebagai pekerja profesional tidak sepatutnya ditangkap kerana perbuatan mencuri lebih kurang 380 kampit mineral REE.
“Tujuan pekerja itu dibawa masuk untuk bantu kerja eksplorasi, kerja ambil sampel sikit-sikit, tapi kalau dah 380 kampit, itu bukan eksplorasi tapi itu curi dan Sanusi tahu pekerja itu bekerja dengan MBI, rakyat Kedah berhak tahu apa jadi kepadanya,” katanya. BH
Saya mudah didekati, tak perlu 3 pagi – Saifuddin
Baca Artikel Menarik:
- Penyaluran pertama RM990j lupus hutang FELDA dibuat Selasa lalu – MoF
- Mahkamah Agung Indonesia larang daftar kahwin pasangan berbeza agama
- Kes bunuh Syed Danial, Wei Liang diperintah bela diri
- Hati masih berdarah – Ibu Syamsul
- Qunut Nazilah untuk berdepan bala, bukan pertuduhan individu di mahkamah – Mufti
- Anak patung menangis siang malam – Sheila Mambo
- Muhyiddin perlu minta maaf jika saya kemuka bukti – Anwar
- Hadaplah kifarah Muhyiddin – Isham
- Tujuh kegagalan Pas yang nyata – Faiz Fadzil Noor
- Upah penjenayah rompak isteri sendiri
- Caprice ‘sekolahkan’ Qistina Raisah
- MBI Kedah tahu berlaku kecurian REE di kompartmen Bukit Enggang
- Pelajar sekolah jumpa kondom dalam makanan
- Aksi payung terjun gagal, tentera parah terjunam ke tanah
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Adakah Hamzah mahu menyatakan bahawa Istana Selangor mempolitikan Sanusi?
Pelajar Universiti Jadi Ketagih Jual Gambar Bogel Kerana Bayaran Lumayan (Video)
You must be logged in to post a comment.