Wan Fayhsal terloncat tak tentu pasal
Tak salah Hannah bergambar dengan pemain lawan
Wan Fayhsal terloncat tak tentu pasal
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh mempertahankan gambar diambil bersama pemain badminton Thailand, Kunlavut Vitidsarn, yang menewaskan pemain negara Lee Zii Jia pada separuh akhir Sukan Olimpik Paris, dengan berkata, gambar itu adalah mengenai semangat kesukanan yang baik.
Dalam catatan di Facebook, Yeoh berkata, tumpuannya bukan hanya pada memenangi pingat dalam apa jua keadaan.
“Saya di sini untuk mempromosikan budaya sukan yang sihat untuk belia kita. Kita bukan jenis yang sakit hati apabila kalah.
Bukan sesuatu yang tidak sensitif mengakui kekuatan saingan kita, katanya.
Menyentuh nilai-nilai kecemerlangan, saling hormat-menghormati dan persahabatan Olimpik, Yeoh menambah, semangat kesukanan adalah tentang menerima kekalahan dan mengiktiraf pesaing dengan terhormat.
Katanya, golongan belia harus berani menghargai perkara yang baik, manakala ibu bapa perlu menggalakkan anak-anak menyertai sukan yang memberikan pengajaran tidak ternilai tentang kehidupan.
Mereka akan jadi lebih kuat apabila mengamalkan semangat kesukanan yang baik, katanya.
Yeoh dikecam hebat berhubung gambarnya bersama Kunlavut, yang memenangi pingat perak mengatasi Zii Jia yang membawa pulang gangsa.
Segelintir pengguna media sosial menuduh Yeoh tidak sensitif, manakala yang lain mempertahankannya dengan berkata, Yeoh menunjukkan adab dan semangat kesukanan yang baik.
Yeoh turut memuat naik gambar beliau mengucapkan tahniah kepada jurulatih pasukan Jepun, Tan Kim Her dan Jeremy Gan, kedua-duanya rakyat Malaysia, apabila atlet mereka menang.
Wan Fayhsal kritik Hannah Yeoh
Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menggesa agar Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh lebih sensitif terhadap perasaan atlet dan penyokong Malaysia pada Sukan Olimpik Paris 2024.
Bekas Timbalan Menteri Belia dan Sukan itu berkata, sebagai menteri, Hannah sepatutnya tidak bergambar bersama-sama pemain badminton Thailand, Kunlavut Vitidsarn yang menewaskan Lee Zii Jia.
“Menteri Belia dan Sukan Malaysia, tolonglah jaga sensitiviti atlet kita dan lebih penting perasaan penyokong dari kalangan rakyat kita,” kata Wan Ahmad Fayhsal di Facebook.
Harap Wan Fayhsal jangan politikkan semua benda. Tolong simpan kebodohan itu, jangan nampak terlalu bodoh.
Wan Fayhsal terloncat tak tentu pasal
Baca Artikel Menarik:
- Bersatu Jeli lumpuh, 1,000 ahli keluar parti
- Rusuhan di UK, lebih 400 ditahan
- Rakyat Bangladesh rompak kediaman Hasina
- ‘Too low’ jadikan video Zahid tersasul sebagai bahan kempen
- Yahya Sinwar ketua politik baru Hamas
- Mungkinkah PN berubah wajah selepas Nenggiri?
- Ku Li mampu kalihkan Nenggiri
- ‘Kami kahwin minggu depan’ – Kasih Iris Leona
- Apa salah saya – Lee Zii Jia (Video)
- Menteri terpaksa tumpang motosikal pergi mesyuarat kerana jalan ‘jem’
- ‘Is she Indian or Black?’, Trump questions Harris’ identity
- Ayob Khan, Mohd Shuhaili tidak wajar dipindahkan ke agensi lain
- Jep ‘sound’ podcast asyik petik namanya
- Pakar Perubatan ‘beletiaq’ loghat Kedah (Video)
- Luana Alonso diusir dari perkampungan atlet
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Jemput minah ini datang dengar ayat Al Quran – Dr Akmal