Objek bawah kereta Siti Kasim sah bahan letupan IED – Polis

Objek bawah kereta Siti Kasim sah bahan letupan IED – Polis

Polis mengesahkan objek mencurigakan yang diisi dalam dua botol plastik yang diletakkan di bawah kereta aktivis dan peguam Siti Kasim adalah bahan letupan termampat (IED).

Pengesahan itu dibuat selepas sepasukan pegawai dari Unit Pemusnah Bom (UPB), Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan ujian letupan ke atas objek diletakkan pada bahagian brek di tayar belakang kereta yang dihantar ke pusat servis di Jalan Maarof, Bangsar, di sini.



Ketua Polis Daerah Brickfileds, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor, berkata pada masa ini pihak polis masih belum dapat mengesahkan sama ada bahan letupan IED itu masih aktif atau sebaliknya.

“Bahan letupan ini akan dianalisis sebelum kesimpulan lebih terperinci dapat diberikan.

“Kita juga belum mengambil keterangan lanjut daripada pemilik kenderaan (Siti Kasim).

“Berdasarkan perbualan secara lisan, Siti Kasim memaklumkan bahawa dia tidak mempunyai sebarang ancaman namun siasatan lanjut sedang dijalankan,” katanya kepada media di lokasi kejadian.



Amihizam berkata pihaknya menerima maklumat dari Siti Kasim pada jam 12.58 tengah hari tadi.

“Ketika kejadian ini Siti Kasim, menghantar keretanya jenis Toyota Celica ini untuk diservis sebelum dimaklumkan ada objek menyerupai bom di bahagian bawah kereta oleh mekanik.

“Pihak polis akan mendapatkan maklumat daripada semua saksi kejadian ini,” katanya.

Terdahulu, pihak polis menutup hampir keseluruhan laluan berhampiran pusat servis berkenaan bagi membolehkan ujian pengesahan bahan letupan dilakukan oleh UPB dengan dibantu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur.



Sekitar jam 4.45 petang tadi pihak polis membuka semula laluan dari arah Bangsar menuju ke Bukit Bandaraya yang sebelum itu ditutup bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

Orang ramai turut tidak dibenarkan mendekati lokasi kejadian dan dihalang dengan pita kuning polis.

Turut berada di lokasi kejadian adalah Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain. BH

Objek bawah kereta Siti Kasim sah bahan letupan IED – Polis



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dia Suka Aksi Ganas & Minta Banyak Kali Sehari – Lucinta Luna



Perubahan wajah Rina Harun jadi bualan, dagu makin pelik

Wanita Mengadu Ebit Lew ‘Stop’ Bayarkan Rumah Sewa Hingga Dihalau



Kulit Kalis Api Neraka Ke? Sharifah Sakinah Diperli Netizen

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker