Anwar tuntut Muhyiddin minta maaf, bayar ganti rugi RM200 juta

Anwar tuntut Muhyiddin minta maaf, bayar ganti rugi RM200 juta

Perdana Menteri Anwar Ibrahim telah menghantar surat tuntutan undang-undang kepada Muhyiddin Yassin meminta pengerusi PN itu membayar ganti rugi RM200 juta berhubung dakwaan fitnah yang dikaitkan dengan isu pelupusan hutang peneroka Felda.

Anwar juga meminta permohonan maaf daripada Muhyiddin dalam tempoh 24 jam.



Surat undang-undang pengerusi PH yang dikeluarkan hari ini dibuat selepas bekas perdana menteri itu berkata semalam dia akan memfailkan saman fitnah terhadap Anwar.

Pada surat tuntutan bertarikh hari ini, yang dikeluarkan oleh firma guaman SN Nair and Partners dan dilihat oleh Malaysiakini, Anwar meminta Muhyiddin membuat:

“Permohonan maaf tanpa syarat dan tidak berbelah bahagi dalam cara dan bentuk yang akan diluluskan oleh Anwar, untuk disiarkan dalam akhbar-akhbar dan media pilihan Anwar.

“Penarikan balik surat tuntutan Muhyiddin dan kesemua kenyataan-kenyataan fitnah yang telah diterbitkan mengenai pekara ini secara umum serta-merta dan tidak berbelah bahagi serta memadamkan atau menarik balik segala komen yang menyinggung perasaan dan bersifat fitnah;



“Untuk Muhyiddin membayar kepada Anwar rugi dan/atau pampasan substantif sebanyak RM200 juta untuk kecederaan teruk yang dilakukan oleh Muhyiddin ke atas reputasi Anwar yang merupakan perdana menteri Malaysia terkini.

“Muhyiddin membayar segala kos guaman yang telah berbangkit daripada perkara ini.”

Dalam surat undang-undang yang dilihat oleh Malaysiakini itu juga, peguam Anwar berhujah bahawa sebagai jawapan kepada surat undang-undang Muhyiddin sendiri, perdana menteri telah membuat hantaran di Facebook pada 20 Julai dengan bukti yang didakwa diminta oleh Muhyiddin.

Peguam Anwar mendakwa Muhyiddin berniat jahat untuk mendakwa perdana menteri tidak memberi sebarang maklum balas kepada pengerusi PN itu berhubung isu pengecualian hutang Felda.



Pasukan peguam Anwar mendakwa Muhyiddin tidak melihat ucapan penuh perdana menteri dan dikatakan telah mengambil kata-kata pengerusi PH itu di luar konteks.

Peguam perdana menteri mendakwa kenyataan Anwar telah disokong oleh pengerusi Felda Ahmad Shabery Cheek sebelum ini pada 8 Julai, sekali gus membuktikan dakwaan Anwar.

Awal bulan ini, Anwar mendakwa inisiatif di bawah pentadbiran Muhyiddin untuk memaafkan hutang peneroka Felda pada 2021 tidak pernah menjadi kenyataan, kerana tiada peruntukan dalam belanjawan persekutuan 2021 dan 2022 untuk mengetepikan hutang RM8.3 bilion.

“Saya bagi contoh, memang ada persetujuan dulu. Tetapi tak selesai Belanjawan 2021 di bawah PN 2022.



“PN tak ada peruntukan untuk menyelesai dan melupuskan hutang Felda. I stand by this record.

“Hanya dalam Belanjawan Madani untuk 2023, saya mula serahkan RM990 juta peruntukan awal untuk melupuskan hutang Felda yang hutang peneroka jumlahnya RM8.3 bilion ini,” katanya pada 8 Julai lalu.

Muhyiddin kemudian menempelak dakwaan Anwar dan mencabarnya mendedahkan dokumen yang dikatakan ditandatangani perdana menteri pada bulan Jun. Dia juga menuntut permohonan maaf daripada Anwar dan jika gagal, dia akan menyaman Anwar kerana didakwa memfitnahnya.

Kemudian, Anwar mengeluarkan tugasan kepada Akaun Rizab Perkhidmatan Kewangan (FSRA) – memberikan Felda jaminan kerajaan dan perintah terbitan sukuk.



Semalam, Muhyiddin dilaporkan berkata dokumen yang dikeluarkan Kementerian Kewangan membuktikan Anwar tidak memahami dokumen yang ditandatanganinya.

Memandangkan tiada permohonan maaf dikeluarkan daripada Anwar, Muhyiddin berkata dia juga telah mengarahkan peguamnya untuk meneruskan saman fitnah terhadapnya.

Ketika dihubungi Malaysiakini, peguam Anwar Sankara Nair mengesahkan bahawa surat tuntutan itu telah disampaikan kepada Muhyiddin petang ini.

Malaysiakini cuba menghubungi pasukan undang-undang Muhyiddin berhubung perkara itu. Mk



Anwar tuntut Muhyiddin minta maaf, bayar ganti rugi RM200 juta

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dia Suka Aksi Ganas & Minta Banyak Kali Sehari – Lucinta Luna

Perubahan wajah Rina Harun jadi bualan, dagu makin pelik

Wanita Mengadu Ebit Lew ‘Stop’ Bayarkan Rumah Sewa Hingga Dihalau

Kulit Kalis Api Neraka Ke? Sharifah Sakinah Diperli Netizen

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker