Potong zakar sendiri, buang dalam tandas
Seorang lelaki di India bertindak memotong zakarnya dengan menggunakan pisau dapur dan mengepam organ tersebut dalam mangkuk tandas, lapor portal berita MailOnline semalam.
Berkongsi butiran kejadian ngeri itu dalam sebuah jurnal perubatan, pakar-pakar bedah di India berkata, mangsa yang berusia berusia 52 tahun didapati menghidap penyakit mental skizofrenia.
Lelaki itu berhenti mengambil ubat dan tidak hadir temu janji di hospital sehinggalah 16 jam selepas dia memotong zakarnya, baru-baru ini.
Pakar perubatan berkata, lelaki dari Pune itu tidak berniat membunuh diri, namun bertindak demikian selepas mendengar suara dalam kepalanya menyuruh dia memotong zakarnya atau berdepan akibat buruk.
Menulis dalam Open Journal of Clinical and Medical Case Reports, doktor di Kolej Perubatan Bharati Vidyapeeth, Pune berkata, lelaki itu perlu menjalani pembedahan untuk merawat lukanya.
Selepas tujuh hari berada di hospital, lelaki itu dibenarkan pulang, manakala selepas 20 hari menjalani pembedahan, dia beransur sembuh, kata pakar-pakar perubatan. – Agensi
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Langkah mayat saya dulu – Tok Mat
- Geng Eddy termasuk bekas pemain bola sepak tumpas
- SPRM diminta siasat banglo dikaitkan dengan Sanusi walau telah dinafikan
- Usaha UMNO terhadap Najib masih berjalan – Zahid
- Malang nasibmu Annabella
- Zahid minta Sanusi taubat
- Misha sekolahkan netizen hina wajah Nadeera
- Lumpuh ditendang di kepala lepas tegur rakan sebar video lucah
- Nora terkena gangguan sihir pemisah
- Itu sikap sebenar Sanusi – Amirudin
- Wanita tikam leher anak OKU sebelum bunuh diri
- Berani buat berani tanggung
- MEF terkejut dengan kenyataan Rafizi
- Hukum minta gambar bogel isteri
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Harinya akan tiba bila dia pergi, Amy doakan untuk anaknya Alexander
Angkuh dan berlagak samseng, pekerja pasar raya ditahan Polis
You must be logged in to post a comment.