Samun 5 kedai serbaneka guna pistol mainan

Samun 5 kedai serbaneka guna pistol mainan

SEORANG penganggur ditahan polis selepas dipercayai terlibat dalam kejadian samun menggunakan pistol mainan di lima buah kedai serbaneka sekitar Cyberjaya.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian pada pukul 4.36 pagi, 10 Jun lalu.



Beliau berkata, dalam kejadian pukul 3.30 pagi, pengadu yang sedang bekerja di sebuah kedai serbaneka 24 jam telah didatangi seorang lelaki yang mahu membeli sebotol minuman.

“Suspek telah mengacukan objek menyerupai pistol ketika hendak membayar minuman.

“Suspek kemudian membuka laci mesin wang dan mengambil RM900 sebelum bertindak melarikan diri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, pada hari yang sama juga, suspek turut melakukan perbuatan sama di dua buah premis lain.



“Dia (suspek) turut terlibat dalam dua lagi kejadian samun yang dilaporkan berlaku sehari sebelum itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bertindak atas maklumat, polis telah menyerbu sebuah rumah dekat Cyberjaya pada pukul 12.10 tengah malam tadi dan berjaya menangkap suspek bersama tiga rakan.

Turut dirampas pakaian, sepucuk pistol mainan bersama lapan biji peluru getah dan sebuah kereta Perodua Bezza yang dipercayai digunakan ketika kejadian.

“Rakan suspek iaitu seorang wanita berusia 29 tahun, seorang lelaki berusia 30 tahun dan seorang lelaki warga asing berusia 22 tahun ditahan kerana memiliki ganja seberat 8.27 gram,” ujarnya



Ujian saringan air kencing mendapati dua suspek positif ganja dan dua lagi negatif dadah.

“Suspek utama berusia 35 tahun mengaku terlibat dalam lima kejadian samun secara sendirian.

“Malah suspek juga mengaku menggunakan hasil samun untuk tujuan peribadi,” ujarnya.

Sementara tiga rakan suspek tidak mengaku terlibat dalam kejadian samun.



Wan Kamarul Azran berkata, suspek utama direman selama tujuh hari sehingga Khamis di bawah Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan.

Sementara rakan suspek direman selama empat hari sehingga Isnin dibawah Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952

Jelasnya lagi, keseluruhan kerugian yang ditanggung oleh pemilik premis dalam kejadian samun ini bernilai RM5,000.

Polis percaya dengan tertangkapnya suspek ini telah berjaya menyelesaikan lima kes samun kedai serbaneka di kawasan Cyberjaya. Utv



Samun 5 kedai serbaneka guna pistol mainan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Syamsul bayar edah RM15 ribu, nafkah anak RM6 ribu sebulan, insuran RM3.5 ribu dan percutian RM5 ribu setahun



Sophia Albarakbah bikin hal lagi?

Penunggang Ducati elak motosikal lawan arus maut jatuh dari Lebuhraya SUKE [VIDEO]

Kes saman Puteri Sarah terhadap Ira selesai

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker