Pegawai hina Lance Koperal, kertas siasatan dibuka

Pegawai hina Lance Koperal, kertas siasatan dibuka

Polis membuka kertas siasatan membabitkan seorang wanita yang mengeluarkan kata-kata berbaur penghinaan terhadap dua anggota polis seperti yang tular di media sosial.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan ketika dihubungi BH hari ini berkata, siasatan dibuka mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan (ugutan) berikutan laporan polis dibuat seorang awam berkait kes ini.

“Menerusi laporan polis yang dibuat oleh anggota polis yang terbabit dalam kes ini, kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil,” katanya.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan pihaknya akan mengeluarkan satu kenyataan media berkait kes ini dalam masa terdekat.

Terdahulu, tular rakaman video mengundang rasa tidak puas hati dalam kalangan netizen membabitkan insiden itu.

Menerusi rakaman video berdurasi 25 saat yang mula tular menerusi pelbagai medium media sosial sejak semalam, kelihatan wanita terbabit tidak henti-henti mengeluarkan kata-kata hinaan terhadap dua anggota polis terbabit.

Kejadian dipercayai berlaku di sebuah medan selera di Taman Seri Gombak namun tidak dapat dipastikan tarikh sebenar kejadian.

Bersama rakaman video yang tular itu, terdapat kapsyen yang mendakwa wanita terbabit adalah seorang pegawai polis, manakala dua anggota polis itu adalah pangkat bawahan dengan salah seorang berpangkat Lans Koperal.

Tidak dapat dipastikan apakah punca pegawai polis wanita itu memarahi kedua-dua anggota polis terbabit dengan kata-kata berbaur penghinaan namun netizen melihat tindakannya sebagai tidak wajar.

Sepanjang rakaman video itu, wanita terbabit merendah-rendahkan pangkat anggota polis terbabit dan anggota polis itu tidak layak membuat teguran terhadapnya kerana dia berpangkat lebih tinggi.

“Kau Lans Koperal, kau tak layaklah. Kau pangkat lagi kecik daripada akulah. Cara cakap macam OCPD (Ketua Polis Daerah), kau tak layaklah. Kau jadi pegawai dululah Lans Koperal!

“Kau berlagak macam apa, pangkat dahlah rendah,” katanya dengan nada yang tinggi di hadapan orang awam yang berada di lokasi selain turut membuat rakaman video menggunakan telefon bimbitnya.

Seorang pengguna Facebook, Boss Emi dalam ruangan komen berkata wanita terbabit tidak layak menjadi seorang pegawai polis kerana tindakannya memalukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Tak layak jadi pegawai..buat malu sahaja. Saman dia ‘kaw-kaw’ cik Lans Koperal. Jangan takut, kamu buat kerja. Aku lagi respek (hormat) Lans Koperal dari pegawai tu,” tulisnya.

Pengguna Twitter Dr Armada menerusi ciapan balas dalam satu hantaran video kejadian itu pula berpendapat kelakuan pegawai polis wanita itu adalah satu bentuk salah guna kuasa.

“How power is being abused. That’s why rakyat has poor opinion of the enforcement authorities. Stern action must be initiated ASAP’ (Beginilah kalau kuasa disalahgunakan. Itulah sebabnya rakyat berpandangan buruk terhadap pihak penguat kuasa. Tindakan tegas mesti dimulakan secepat mungkin,” tulisnya. HM

Pegawai hina Lance Koperal, kertas siasatan dibuka

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Syamsul bayar edah RM15 ribu, nafkah anak RM6 ribu sebulan, insuran RM3.5 ribu dan percutian RM5 ribu setahun

Sophia Albarakbah bikin hal lagi?

Penunggang Ducati elak motosikal lawan arus maut jatuh dari Lebuhraya SUKE [VIDEO]

Kes saman Puteri Sarah terhadap Ira selesai

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker