IJN perkenal teknologi baharu rawat injap jantung tanpa pembedahan

IJN perkenal teknologi baharu rawat injap jantung tanpa pembedahan

INSTITUT Jantung Negara (IJN) menjadi antara hospital pertama di rantau Asia Tenggara yang memperkenalkan kaedah rawatan terkini bagi pesakit stenosis aorta, iaitu penyakit berkaitan injap jantung bermasalah yang dinamakan Transcatheter Aortic Valve Implantation (TAVI).

TAVI merupakan prosedur alternatif terbaru dalam merawat stenosis aorta yang mana injap tiruan dikenali sebagai Navitor akan dipasang ke bahagian pintu jantung menggunakan prosedur mudah tanpa memerlukan pembedahan jantung terbuka.



Ketua Pegawai Eksekutif IJN, Datuk Dr Aizai Azan Abdul Rahim berkata, penggunaan teknologi TAVI amat sesuai digunakan kepada pesait stenosis aorta yang berisiko tinggi untuk dilakukan pembedahan jantung terbuka seperti pesakit sangat berusia, mempunyai penyakit kritikal, jantung lemah dan sebagainya.

“Selain itu, tempoh pesakit untuk berada di hospital selepas melakukan prosedur juga sangat singkat berbanding untuk pesakit yang melakukan pembedahan terbuka,” katanya dalam sidang akhbar mengenai perkhidmatan tersebut di Kuala Lumpur hari ini.

Setakat ini, katanya, IJN telah memasang dua injap Navitor terbaharu tersebut kepada dua orang pesakit, sementara hospital itu telah menggunakan empat jenis teknologi TAVI sejak 2009 yang merupakan teknologi keluaran Abbot.

IJN terus memperkembangkan penggunaan teknologi TAVI dalam rawatan dan pemulihan penyakit berkaitan injap jantung dan menjadi hospital pertama di Asia yang memperkenalkan teknik rawatan TAVI berkembang sendiri pada tahun tersebut.



BERITA BERKAITAN IJN hospital pertama laksana prosedur TriClip bantu pesakit injap jantung bocor

TAVI merupakan prosedur invasif minimal untuk mengganti injap aorta yang stenosis. Injap tersebut dibuat daripada tisu haiwan dan dijahit ke dalam rangka besi. Ia boleh dipasang melalui aorta menggunakan sistem berkembang dengan sendirinya atau kaedah pengembangan belon.

“Navitor yang bersaiz kecil juga lebih sesuai digunakan untuk rakyat Malaysia yang rata-ratanya mempunyai saluran darah lebih kecil berbanding masyarakat di Barat,” katanya sambil menambah kos injap menggunakan teknologi baharu tersebut dianggarkan dalam lingkungan RM100,000.

Secara amnya, TAVI akan dijalankan dengan mengggunakan anestesia am dengan pesakit akan diberikan ubat pencair darah untuk mengelakkan darah beku semasa prosedur.



Kateter kemudiannya dimasukkan melalui titik akses yang dipandu oleh doktor berdasarkan imej berteknologi tinggi untuk sampai kepada kawasan injap aorta. Apabila telah sampai dan posisinya tepat, injap baru akan dipasang dengan teknik pengembangan sendiri bagi membuka saluran tersebut.

Setelah doktor mengesahkan kedudukan injap yang baru dipasang rapi, kateter akan dikeluarkan dan injap artifisial baru akan berfungsi serta-merta.

“Reka bentuk baru teknologi ini sangat membantu kami dalam merawat pesakit stenosis aorta dengan lebih efisen, tepat dan memberikan hasil jangka panjang yang lebih baik. ” kata Pakar Perunding Kanan Kardiologi IJN, Datuk Dr Shaiful Azmi Yahaya.

Katanya, ketahanan peranti baru itu juga terbukti amat baik apabila pesakit pertama yang menggunakan injap dari teknologi TAVI sejak 2013 masih menggunakannya dengan baik sehingga ke hari ini.



Selain Malaysia, pihak berkuasa kesihatan di Thailand dan Singapura antara negara yang telah meluluskan penggunaan teknologi ini dalam kaedah rawatan penyakit berkaitan saluran dan injap jantung di negara masing-masing. Utv

IJN perkenal teknologi baharu rawat injap jantung tanpa pembedahan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Perempuan Itu ‘panas’

‘Fitnah Kepala Otak Kau!’ Lufya Warning Dedah Video ‘Sejarah Hitam’ Bekas Suami



Wan Rosdy sebak kenang nasib Najib

Lelaki dakwa lihat makhluk asing tinggi 3 meter

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker