Pemandu sakit dada punca kemalangan 6 kenderaan

Pemandu sakit dada punca kemalangan 6 kenderaan

Seorang wanita berusia 59 tahun, yang mengalami sakit dada ketika memandu, hilang kawalan atas kenderaannya sehingga menyebabkan kemalangan membabitkan enam kenderaan di Jalan Balik Pulau, Pulau Pinang, hari ini.

Akibat kemalangan pada 9 pagi yang melibatkan tiga kereta dan tiga motosikal, dua mangsa mengalami kecederaan parah, menurut Ketua Polis Barat Daya Kamarul Rizal Jenal.



Kamarul berkata, kenderaan wanita berusia 59 tahun itu, dari arah pekan Balik Pulau, memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah kereta dari Simpang Empat.

“Tiga motosikal tidak sempat mengelak dengan sebuah daripadanya (motosikal) telah terbabas dan melanggar sebuah lagi kereta yang diletakkan di kawasan letak kenderaan kedai makan tomyam di situ,” katanya dalam kenyataan, lapor Bernama.

Mangsa yang cedera parah dirawat di Hospital Balik Pulau dan kes disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Terdahulu, tular video di lokasi kejadian kemalangan yang memaparkan seorang wanita sedang mengalami sakit dada, manakala seorang mangsa lelaki dalam keadaan terbaring di dalam parit tepi jalan berkenaan. FMT



Pemandu sakit dada punca kemalangan 6 kenderaan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Lebai berkopiah suka layan ‘ucapan lucah’, Dr. Maszlee bidas totok PAS



Pemain Bola Sepak Didakwa Belasah Teman Wanita Dalam Bilik Hotel

Remaja diseksa dan dipaksa berbogel



Komplot jahat doktor pakar



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker