Pelajar perempuan parah terjatuh dari bangunan sekolah

Gambar Hiasan

KAJANG – Seorang pelajar perempuan tingkatan tiga dilaporkan mengalami patah tulang belakang dan cedera di kepala selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tiga bangunan sebuah sekolah menengah di Kajang di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 9.20 pagi.

Katanya, hasil siasatan mendapati pelajar tersebut telah keluar sendirian untuk ke tandas sebelum ditemui terbaring di tingkat bawah bangunan sekolah.

“Pelajar berkenaan difahamkan mempunyai masalah kesihatan mental dipercayai terjun dari aras tiga dimana kelas mangsa berada.



“Pihak sekolah telah menghantar mangsa ke Hospital Kajang bagi mendapatkan rawatan selanjutnya,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Zaid, mangsa mengalami kecederaan pada bahagian kepala dan patah tulang belakang akibat kejadian terbabit.

Jelasnya, mangsa masih lagi menerima rawatan dan pemeriksaan di Klinik Neurologi Hospital Kuala Lumpur.

Mengikut keterangan ibu bapa mangsa menyatakan mangsa mengalami penyakit itu sejak dari tahun 2020 selepas diserang demam panas hingga menyebabkan sawan.



“Saksi kejadian menyatakan, mangsa sebelum ini sudah beberapa kali bergurau cuba untuk terjun dari bangunan sekolah tujuan untuk mendapatkan perhatian rakan sekelas.

“Kebiasaannya, mangsa akan ditemani rakan sekelas untuk ke tandas, namun semasa kejadian mangsa keluar seorang diri,”katanya.

Tambah beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan dan pihak polis masih melakukan siasatan untuk menentukan punca kejadian.

Orang awam yang ada maklumat berkaitan kes itu diminta berhubung dengan balai polis berhampiran atau menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Mohamad Faeez di talian 013-2773407



 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Lebai berkopiah suka layan ‘ucapan lucah’, Dr. Maszlee bidas totok PAS

Pemain Bola Sepak Didakwa Belasah Teman Wanita Dalam Bilik Hotel



Remaja diseksa dan dipaksa berbogel

Komplot jahat doktor pakar



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker