Pelancong buat hal, berbogel di balkoni hotel

Kelibat seorang lelaki dalam keadaan berbogel di balkoni sebuah hotel di Semporna mendapat perhatian sehingga videonya dirakam sebelum ditularkan di media sosial.

Tindakan seorang pelancong asing berbogel di balkoni sebuah hotel di daerah ini membawa padah apabila ditahan polis pada Khamis.

Lelaki berusia 40 tahun itu ditahan pada jam 9.30 malam oleh sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna

Ketua Polis Daerah Semporna, Superintenden Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, tangkapan dibuat susulan daripada satu video berdurasi sembilan saat yang tular memaparkan seorang lelaki tanpa berpakaian telah keluar daripada balkoni bilik hotel menghadap jalan raya.

“Perbuatan lelaki itu telah dirakam oleh orang awam yang melalui jalan berhadapan hotel berkenaan sebelum videonya tersebar di laman sosial.

“Kejadian itu dipercayai berlaku kira-kira 8 pagi Selasa lalu. Lelaki itu kemudian telah ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 294(a) Kanun Keseksaan atas kesalahan berkelakuan lucah di tempat awam yang boleh membawa hukuman penjara sehingga tiga bulan atau denda atau kedua-duanya sekali jika disabit kesalahan,” katanya dalam kenyataan pada malam Jumaat.

Katanya lagi, orang awam yang merakam kejadian itu juga diminta tampil untuk membantu siasatan.

“Maklumat berkaitan kejadian ini boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat Inspektor Khadijah Mohd Seruji di talian 019-8718002 atau IPD Semporna di talian 089-781222 atau 089-782020.

“Pelancong juga dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi undang-undang negara ini serta menghormati adat dan budaya masyarakat setempat,” ujarnya.

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Lebai berkopiah suka layan ‘ucapan lucah’, Dr. Maszlee bidas totok PAS

Pemain Bola Sepak Didakwa Belasah Teman Wanita Dalam Bilik Hotel

Remaja diseksa dan dipaksa berbogel

Komplot jahat doktor pakar

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker