6 tanda kebimbangan kewangan

DALAM artikel sebelum ini, Relevan kongsikan apakah maksud kebimbangan kewangan. Kebimbangan kewangan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, tidak kiralah sama ada anda golongan T20 mahupun B40. Jika difikir-fikirkan semula, hampir mustahil tidak ada manusia yang bimbangkan tentang duit.

Kali ini, Relevan memperincikan lagi tanda-tanda anda mempunyai kebimbangan kewangan. Perhatikan sekiranya anda mempunyai simptom kebimbangan kewangan seperti di bawah.

Berbelanja secara berlebihan

Berbelanja secara berlebihan. – GAMBAR HIASAN TIM DOUGLAS/PEXELS

Pasti ada yang berfikir bahawa kebimbangan wang akan menyebabkan anda perlu menjimatkan wang, tetapi ada juga yang membeli-belah untuk memberikan kelegaan sementara daripada kebimbangan wang.

Ia menjadi kitaran yang membinasakan di mana anda terus berbelanja untuk mendapatkan kelegaan tetapi hakikatnya akan menyebabkan punca kepada masalah yang lebih besar.

Kecelaruan tabiat mengumpul

Kecelaruan tabiat mengumpul (hoarding disorder). – GAMBAR HIASAN WIKIPEDIA

Perbelanjaan yang berlebihan boleh menyebabkan kecelaruan tabiat mengumpul. Ia berkaitan dengan tabiat berbelanja berlebihan bagi mendapatkan keselesaan melalui barangan material untuk melegakan kebimbangan daripada cabaran wang.

Sebagai contoh, anda gemar mengumpul minyak wangi mewah. Jadi anda bertindak untuk membeli dan mengumpul minyak wangi mewah untuk berasa selesa.

Terlalu takut berbelanja

Terlalu takut berbelanja. – GAMBAR HIASAN KAROLINA GRABOWSKA/UNSPLASH

Sisi lain paling ketara daripada kebimbangan kewangan ialah sikap berjimat cermat yang melampau. Penjimatan yang obsesif boleh menghalang anda daripada menikmati percutian, enggan membaiki kerosakan di rumah atau tidak mahu mendapatkan rawatan kesihatan yang diperlukan.

Orang yang terlalu bekerja keras atau workaholic untuk mendapatkan lebih banyak wang juga mungkin mengalami kebimbangan jenis ini.

Selain itu, mereka yang fobia untuk berbelanja ini mungkin menyesal melakukan beberapa perbelanjaan atau cara pengurusan wang yang kurang berhemah pada masa lampau.

Kewangan tidak terkawal

Kewangan tidak terkawal. – GAMBAR HIASAN LIZA SUMMER/PEXELS

Orang yang mempunyai kebimbangan kewangan selalunya tidak selesa mengumpul kekayaan. Ini boleh menyebabkan anda sukar membuat belanjawan dengan bijak atau mengutamakan perbelanjaan isi rumah. Ia boleh memberi kesan buruk kepada perancangan persaraan.

Kemurungan

Kemurungan. – GAMBAR HIASAN MEDIA MULIA

Perasaan tertekan tentang dunia di sekeliling anda boleh berpunca daripada gangguan kebimbangan kewangan.

Tingkah laku obsesif

Tingkah laku obsesif menyemak baki akaun. – GAMBAR HIASAN NICK PAMPOUKIDIS/UNSPLASH

Kebimbangan wang boleh menyebabkan tingkah laku obsesif juga, seperti ketidakupayaan untuk tidur atau terus menyemak baki akaun bank.

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Lebai berkopiah suka layan ‘ucapan lucah’, Dr. Maszlee bidas totok PAS

Pemain Bola Sepak Didakwa Belasah Teman Wanita Dalam Bilik Hotel

Remaja diseksa dan dipaksa berbogel

Komplot jahat doktor pakar

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker