Shaik Abdul Rasheed gabenor baharu Bank Negara 1 Julai ini

Shaik Abdul Rasheed gabenor baharu Bank Negara 1 Julai ini

Shaik Abdul Rasheed Abdul Ghaffour dilantik sebagai gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) bermula 1 Julai ini, umum BNM.

BNM dalam satu kenyataan berkata, Abdul Rasheed akan memegang jawatan itu selama lima tahun hingga 30 Jun 2028.

“Beliau akan mengambil alih jawatan gabenor daripada Nor Shamsiah Yunus yang akan menyempurnakan tempoh lima tahun perkhidmatannya pada 30 Jun ini,” katanya.

Sementara itu, Abdul Rasheed berkata pelantikan itu adalah satu penghormatan pada dirinya dan beliau berazam untuk meneruskan usaha Shamsiah di BNM.

“Di bawah kepimpinan beliau, BNM terus memenuhi mandatnya untuk menggalakkan kestabilan monetari dan juga kewangan
meskipun melalui banyak tempoh yang mencabar termasuk krisis pandemik,” katanya.

Abdul Rasheed mula berkhidmat di BNM pada 1988 dan dilantik sebagai timbalan gabenor pada 2016. Beliau memperoleh ijazah

Sarjana Muda Ekonomi daripada Universiti Malaya sebelum melanjutkan pelajaran di Said Business School di Universiti Oxford.

Sepanjang kerjayanya, Abdul Rasheed pernah memegang pelbagai jawatan pengurusan kanan. FMT

Shaik Abdul Rasheed gabenor baharu Bank Negara 1 Julai ini

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Lebai berkopiah suka layan ‘ucapan lucah’, Dr. Maszlee bidas totok PAS

Pemain Bola Sepak Didakwa Belasah Teman Wanita Dalam Bilik Hotel

Remaja diseksa dan dipaksa berbogel

Komplot jahat doktor pakar

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker