Mahasiswa Barat goncang dunia

Mahasiswa Barat goncang dunia

Oleh MUHAMAD ADHAM SHADAN

PENULIS menuntut di universiti circa hujung 1990-an hingga 2000-an ketika ‘demonstrasi’ menjadi perkataan yang paling hangat di kampus-kampus negara ini atas sebab musabab yang semua sedia tahu.



Penulis hidup dalam era universiti yang mahasiswanya melaungkan ‘hapuskan AUKU!’ dengan sekumpulan aktivis terutama kader-kader mahasiswa Muslim yang jiwanya meronta-ronta ditiup lagu Sunnah Orang Berjuang untuk menunjukkan ekspresi di jalanan tetapi larangan paling keras diberikan.

Penulis tidak pasti apakah jiwa sebegitu masih wujud dalam kalangan generasi mahasiswa Malaysia hari ini di zaman yang kerajaannya sendiri pernah berjanji untuk hapuskan semua peruntukan Akta Universiti Kolej Universiti yang menyekat kebebasan mahasiswa. Retorikkah?

Apa yang pasti, di luar negara pada masa ini kita menyaksikan kebangkitan yang cukup mengagumkan mahasiswa-mahasiswa terutama di Barat dalam isu Gaza, Palestin.



Tidak salah kalau dikatakan mereka adalah golongan paling hebat dalam menunjukkan penentangan terhadap Israel. Mereka sanggup merisikokan pengajian sendiri dan berani meninggalkan majlis graduasi.

Mahasiswa itu yang mana kebanyakannya bukan Islam bertindak lebih hebat daripada kita di Malaysia yang seagama dengan bangsa sedang dibantai Zionis. Kita di sini diseru untuk boikot dan Blockout juga ada yang pertikai. Malu rasanya.

Bagi penulis, boikot itu cumalah melawan kemungkaran dengan hati iaitu selemah-lemah iman kerana kita hanya ‘mengelak’ barangan ‘tertentu’, itupun kita tidak mampu buat bersungguh dengan konsisten.
Hebat lagi ‘iman’ mahasiswa Barat ini yang bukan sahaja menyeru boikot bahkan sanggup mempertaruhkan masa depan demi melawan kekejaman. Perjuangan mereka seiring dengan perjuangan rakyat Palestin yang pada masa ini semakin kritikal tetapi kita saat paling kritikal inilah mengendur dan lari daripada perjuangan.

Gelombang Pro-Palestin mahasiswa itu bermula di Amerika Syarikat (AS) dengan Columbia University pada pertengahan April lalu diikuti dengan puluhan kampus negara itu termasuk universiti popular bijak pandai dunia seperti Harvard, Yale dan lain-lain. Seramai lebih 2,500 orang mahasiswa telah ditangkap oleh pihak berkuasa.



Ombak protes itu kini menjalar ke benua Eropah termasuk di United Kingdom meliputi Oxford, Cambridge dan lain-lain selain universiti-universiti negara Finland, Jerman, Switzerland, Belanda, Perancis, Sepanyol dan banyak lagi. K Online

Mahasiswa Barat goncang dunia

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Kid dan Din tipu, Denden terperangkap – Amy

Netizen kecam Ning Baizura tak kenal Rafah



Punca Aliff curang kerana kesan selalu dibuli di sekolah – Aisyah Aziz

Geng bertopeng bagi ikan Siakap percuma (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker