2 penyamun berparang ditembak mati di Cheras

Polis terpaksa melepaskan beberapa das tembakan ke arah suspek dalam usaha mempertahankan diri apabila diserang.

2 penyamun berparang ditembak mati di Cheras

Dua penyamun bersenjatakan parang ditembak mati polis sebelum mereka sempat memecah masuk sebuah rumah di Cheras awal pagi tadi.

Harian Metro melaporkan, polis menerima maklumat awam berkaitan pergerakan mencurigakan empat lelaki, disyaki warga asing di sekitar Lorong Jintan, Taman Supreme, kira-kira 3.30 pagi.

Sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPK Kuala Lumpur, yang membuat rondaan kemudian diarahkan melakukan pemeriksaan.

Apabila polis tiba di lokasi, empat penyamun dianggarkan berusia 30 hingga 40-an itu cuba menyerang anggota menggunakan parang.

Dalam usaha mempertahankan diri, polis terpaksa melepaskan beberapa das tembakan ke arah suspek dan membunuh dua daripada mereka, sementara dua lagi suspek lolos.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata anggotanya menemukan beberapa peralatan dipercayai digunakan untuk kegiatan pecah rumah, termasuk pemotong besi dan parang.

Bagaimanapun, tiada senjata api dijumpai pada kedua-dua suspek yang ditembak mati.

Shuhaily berkata, pihaknya masih melakukan siasatan lanjut dan dalam usaha mengenal pasti identiti suspek.

“Selepas kita buat siasatan lanjut dan kenal pasti identiti mereka, baru kita boleh tahu siapa dia (suspek) dan kaitkan dengan kes lain.

“Kita dapat maklumat…dua (suspek lain) melarikan diri guna sebuah kereta dengan nombor plat palsu,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Menurutnya, usaha mengesan suspek yang meloloskan diri giat dijalankan. FMT

2 penyamun berparang ditembak mati di Cheras

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dolla mahu terbang tinggi

Ini sebab ramai bau wangi waktu malam

Mia Khalifa Jadi Pensyarah Di Oxford Universiti

Seluar dalam Fify Azmi jadi perhatian

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker