Imran Khan ‘dilenyapkan’ dari media tempatan

Imran Khan ‘dilenyapkan’ dari media tempatan

Liputan mengenai bekas Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan ‘lenyap’ daripada semua saluran berita arus perdana di negara itu selepas pengawal selia media meminta semua rangkaian menyekat individu yang terbabit dalam rusuhan bulan lalu, menurut tinjauan Reuters.

Arahan terbabit yang dilihat Reuters, dikeluarkan pengawal selia minggu lalu merujuk kepada protes ganas di Pakistan bulan lalu, susulan penahanan Imran yang menyaksikan kediamannya dikawal tentera, digeledah, menurut penyokongnya.



Pihak Berkuasa Pengawalseliaan Media Elektronik Pakistan (PEMRA) mengarahkan pemegang lesen televisyen memastikan ‘pembenci, perusuh, fasilitator dan pelakunya’ disaring sepenuhnya.

Namun ia tidak merujuk secara langsung kepada Imran.

Bagaimanapun, liputan mengenai bekas perdana menteri itu yang juga adalah pemimpin paling popular Pakistan mengikut tinjauan pendapat, hilang sehingga nama dan imejnya tidak disiarkan. Perkara berkaitannya juga hilang daripada laman web berita.

Sehingga kini, pegawai PEMRA tidak memberikan sebarang maklum balas ketika ditanya sama ada arahan itu berkait dengan Imran dan arahan yang dimaksudkan itu sebagai larangan menyeluruh.



Imran sekian lama menjadi ahli politik yang paling banyak disiarkan di Pakistan, dengan ucapan dan perhimpunannya mendapat liputan menyeluruh serta mendapat tontonan meluas.

Larangan itu dikeluarkan ketika tindakan keras yang lebih meluas terhadap Imran dan partinya yang menyaksikan berpuluh-puluh ahli parti serta ribuan beribu-ribu penyokongnya ditangkap, yang dikata dilakukan oleh tentera berkuasa negara itu.

Tentera sehingga kini tidak mengulas mengenai dakwaan itu oleh Imran. Pihak itu sebelum ini menafikan mendalangi penyingkirannya daripada kuasa dalam undian parlimen tahun lalu.

Untuk rekod, Imran ditangkap atas tuduhan rasuah tetapi dibebaskan dua hari kemudian selepas mahkamah menganggap penahanannya menyalahi undang-undang. Sehubungan itu dia diikat jamin, namun masih menghadapi berpuluh-puluh kes lain.



Dalam temu bual, Imran berkata insiden keganasan itu digunakan sebagai ‘dalih’ untuk “larangan ke atas dirinya dan parti yang dinaunginya.

“Kami tidak ‘disebut’ di televisyen,” katanya yang lebih banyak dilihat berucap di saluran Youtube partinya. Malah ARY News, yang dianggap sebagai saluran pro-Imran oleh lawan politik bekas perdana menteri itu, tidak menyebut mengenainya sejak semalam, walaupun beliau berselisih dengan tentera mendominasi tajuk berita di seluruh dunia selama beberapa minggu.

“Laporan menyekat semua berita berkaitan Imran Khan adalah yang terbaru dalam siri langkah membimbangkan yang diambil pihak berkuasa untuk membanteras pembangkang,” kata Timbalan Pengarah Asia Selatan di Amnesty International, Dinushika Dissanayake, dalam satu kenyataan.

Imran Khan ‘dilenyapkan’ dari media tempatan



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Syamsul-Puteri Sarah berdamai, tetap kawan baik walaupun bercerai



Tan Sri Syed Mokhtar cium tangan PMX jadi bualan netizen [VIDEO]

Artis cantik Indonesia Ita Rahma mengaku telanjang dalam filem hantu



Kes siasatan terhadap Mahathir lengkap, kini ditangan peguam negara

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker