Rumah panjang hangus, persiapan sambut Hari Gawai musnah

Rumah panjang hangus, persiapan sambut Hari Gawai musnah

Bintangor: Persiapan lebih 100 penduduk Rumah Panjang Selunsin, Ulu Wak di Pakan, Bintangor, untuk menyambut perayaan Hari Gawai, Khamis ini musnah selepas kediaman mereka ranap dalam kebakaran, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 10.36 pagi.



Berikutan itu 17 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor dan BBP Sarikei dikejarkan ke lokasi.

“Setibanya di lokasi kejadian, komander operasi melaporkan kebakaran membabitkan sebuah rumah panjang dua tingkat berstruktur separuh kekal.

“Keseluruhan bahagian hadapan iaitu ruai (anjung) dan bilik tidur musnah sepenuhnya manakala bahagian belakang iaitu ruang tengah dan dapur pula berjaya diselamatkan,” katanya.

Beliau berkata, semua penghuni 15 unit kediaman di rumah panjang itu sempat menyelamatkan diri dalam kejadian yang dipercayai bermula kira-kira jam 10.15 pagi itu.



“Bomba menggunakan sumber air terbuka dari kolam berhampiran rumah panjang itu untuk memadam kebakaran dan berjaya mengawal api pada jam 11.35 pagi.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenalpasti punca kejadian itu yang berlaku ketika penduduk sedang sibuk membuat persiapan untuk menyambut perayaan Hari Gawai,” katanya. HM

Rumah panjang hangus, persiapan sambut Hari Gawai musnah

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tumbuk muka kekasih, gara-gara tak dapat pinjam kereta

Kau ingat hamba abdi kau ke – Reen Rahim



Netizen balun Jabatan Perdana Menteri, tak tahu beza antara padi dan gandum

Pulau Pinang milik Kedah, jadi tiada isu sempadan – Sanusi



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker