‘Dia alami masalah kesihatan, bukan mabuk’ – Polis

‘Dia alami masalah kesihatan, bukan mabuk’ – Polis

'Dia alami masalah kesihatan, bukan mabuk' - Polis
Tangkap layar video tular pemandu PERODUA Kancil memandu terhuyung-hayang hingga kemalangan dekat Kampung Parit Sempadan, Semerah, Batu Pahat.

BATU PAHAT: Polis mengesahkan pemandu PERODUA Kancil yang didapati memandu dalam keadaan bahaya hingga menyebabkan kemalangan di Kampung Parit Sempada berhampiran Semerah, dekat sini kelmarin, bukan disebabkan mabuk, sebaliknya lelaki itu mengalami masalah kesihatan.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani, berkata punca kejadian itu diketahui selepas polis menjalankan siasatan susulan nahas kejadian yang meragut nyawa lelaki terbabit.

Menurut Shahrulanuar, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku pada jam 12.45 tengah hari di Kilometer 127 Jalan Johor Bahru-Melaka dekat Parit Sempadan, Semerah.

“Dalam nahas terbabit, pemandu kereta berusia 72 tahun maut di lokasi, manakala pemandu Nissan Sentra, wanita berusia 21 tahun cedera.”Daripada siasatan dijalankan, polis mendapati warga emas itu mengalami masalah kesihatan dan bukan mabuk. Bagaimanapun, penyakit yang dihidapinya belum dapat dipastikan lagi.

Terdahulu, tular video berdurasi 1:52 saat dirakam seorang pengguna jalan raya menggunakan kamera papan pemuka, memaparkan sebuah PERODUA Kancil dipandu dalam keadaan terhuyung-hayang sebelum melanggar sebuah lagi kereta di Parit Sempadan.

Susulan itu, seorang lelaki dipercayai anak kepada pemandu PERODUA Kancil tampil menjelaskan bapanya mungkin mengalami hipoglisemia disebabkan paras gula rendah, malah pernah beberapa kali mengalami serangan sama ketika di rumah.

Tambahnya lagi, keluarga tidak tahu mendiang keluar dari rumah di Muar kerana tidak dimaklumkan, manakala panggilan telefon juga tidak dijawab.

 

‘Dia alami masalah kesihatan, bukan mabuk’ – Polis


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dr Akmal Persoal Sikap PH Terhadap SPR, Masih Berfikiran Seperti Pembangkang

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker