Kebakaran hospital, tiga pesakit terkorban

VIENNA – Tiga pesakit maut dalam kebakaran di sebuah hospital di Austria, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik media tempatan.

Dua mangsa berusia 78 dan 81 tahun manakala tiada maklumat mengenai mangsa ketiga.

Menurut pihak berkuasa, kebakaran berlaku pada Selasa di sebuah bilik di tingkat tiga Hospital Landesklinikum Modling berhampiran Vienna.



Jurucakap Agensi Kesihatan wilayah (LGA), Matthias Hofer, berkata bantuan lambat sampai untuk menyelamatkan tiga lelaki di dalam bilik itu.

Seramai 20 lagi cedera ringan dan kira-kira 90 pesakit terpaksa dipindahkan.

Pejabat polis jenayah persekutuan dan wilayah telah memulakan siasatan untuk mengenal pasti menyiasat punca kebakaran.

 



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tumbuk muka kekasih, gara-gara tak dapat pinjam kereta



Kau ingat hamba abdi kau ke – Reen Rahim

Netizen balun Jabatan Perdana Menteri, tak tahu beza antara padi dan gandum



Pulau Pinang milik Kedah, jadi tiada isu sempadan – Sanusi



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker