Lelaki bunuh dan makan daging warga emas, dihantar ke hospital mental

Seorang lelaki ditahan di negeri Rajasthan, barat India kerana didakwa membunuh seorang warga emas sebelum memakan dagingnya, lapor laman berita Wion News semalam.

Lelaki tersebut, Surendra Thakur, didakwa menghidap hidrofobia iaitu ketakutan terhadap air yang disebabkan oleh jangkitan penyakit anjing gila peringkat akhir sehingga menyebabkan dia bertindak tidak rasional.

Doktor menyatakan bahawa dia pernah digigit seekor anjing dan tidak mendapat rawatan perubatan tepat pada masanya

Polis yang memetik saksi berkata, kejadian itu berlaku di kampung Saradhana di bawah daerah Pali pada Jumaat lalu.

Sebelum kejadian, mangsa, Shanti Devi, 65, membawa anak lembunya meragut rumput apabila suspek menyerang hendap lalu membunuhnya menggunakan batu sebagai senjata.

“Suspek berkelakuan seperti pesakit mental dan agresif. Kami telah menghantarnya ke hospital bagi pemeriksaan kesihatan.

“Malah ketika berada di hospital, dia mencetuskan kekecohan sebelum diikat pada katil oleh jururawat,” kata seorang pegawai polis Jaitaran, Sukhram Bishnoi kepada agensi berita PTI.

Anak lelaki mangsa, Biren Kathat membuat laporan polis dan menuduh lelaki berusia 24 tahun itu membunuh ibunya dan memakan dagingnya. – Agensi

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bunuh Skandal Sebab Hamil, Teman Wanita Sifatkan Suspek Seorang Yang Baik

Pelajar Ini Selamba Tanya PMX Bila e-Belia Akan Masuk (Video)

Hanya dua minggu kecapi bahagia sebagai suami isteri (Video)

Syatilla Melvin beri amaran kepada penyondol (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker