Pemerintahan sebagai Sultan Abdullah Agong berakhir, berangkat pulang ke Pahang hari ini

Genap lima tahun bertakhta sebagai Ketua Utama Negara, Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menamatkan penggal pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong hari ini.

Istiadat Keberangkatan Balik Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong akan berlangsung hari ini bagi menjunjung kasih tanda penghargaan kerajaan dan rakyat Malaysia atas jasa dan pengorbanan Seri Paduka berdua.

Istiadat khas itu dijangka berlangsung ringkas, namun penuh simbolik dengan adat istiadat Melayu yang melambangkan keunikan institusi diraja di negara ini.



Al-Sultan Abdullah, 64, yang melafaz sumpah memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 31 Jan 2019, dan Tunku Azizah akan berangkat meninggalkan Istana Negara kira-kira 8 pagi diiringi Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Berdasarkan Aturcara Pentadbiran, Istiadat Keberangkatan Balik Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong akan membabitkan beberapa lokasi termasuk Istana Negara, Dataran Parlimen dan beberapa laluan utama di sekitar ibu negara sebelum ke Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur untuk menaiki pesawat pulang ke Pahang.

Seri Paduka yang dimasyhurkan sebagai Sultan Pahang keenam pada 15 Jan 2019 menggantikan Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja pada 24 Jan 2019.

Al-Sultan Abdullah akan digantikan oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-17 selama tempoh lima tahun bermula esok.



– Bernama

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Senarai 71 aset Daim yang tidak disytihar

Video lucah ‘Dark Side’ Malaysia serendah RM35



Uqasha ditinggalkan sendirian ketika hamil

Gol Faisal Halim dipertimbangkan untuk merebut Anugerah Puskas FIFA



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker